Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia company_

NVIDIA Kini Syarikat Paling Bernilai Di Dunia

Diterbitkan Jun 19, 2024 · Dikemas kini Jun 19, 2024 oleh Amalina Athman

Kurang dua minggu selepas NVIDIA memintas Apple, pembuat GPU itu kini mengatasi Microsoft untuk menjadi syarikat paling bernilai di dunia.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • NVIDIA Pintas Apple, Kini Syarikat Kedua Paling Bernilai Di Dunia

Saham pembuat cip itu melonjak 3.51% kepada $135.58, menjadikan nilai pasarannya mencecah $3.335 trilion. Sementara permodalan pasaran Microsoft ditutup $3.317 trilion apabila sahamnya susut 0.45%.

NVIDIA Microsoft

Saham Apple dan Google juga masing-masing merosot sebanyak 1.1% dan 1.3%, menjadikan nilai pasaran pada $3.285 trilion dan $2.171 trilion.

Saham Nvidia melonjak lebih daripada 170% setakat tahun ini, dan meningkat lebih tinggi selepas syarikat itu melaporkan pendapatan suku pertama pada bulan Mei. Lonjakan nilai pasaran Nvidia menunjukkan keyakinan terhadap pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Untuk rekod, Nvidia mengawal kira-kira 80% pasaran untuk cip AI yang digunakan dalam pusat data, yang diperlukan untuk menjalankan model AI seperti OpenAI ChatGPT.

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY