Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA Company

NVIDIA Pintas Apple, Kini Syarikat Kedua Paling Bernilai Di Dunia

Diterbitkan Jun 6, 2024 ยท Dikemas kini Jun 6, 2024 oleh Amalina Athman

Saham NVIDIA telah melonjak ke paras tertinggi pada Rabu, dengan penilaian pasaran sahamnya mencecah $3.01 trilion, sekali gus mengatasi Apple untuk menjadi syarikat kedua paling bernilai di dunia.

Berkaitan

  • Apple, Google, NVIDIA, AMD Berminat Melabur Dalam ARM
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Saham pembuat cip kecerdasan buatan (AI) itu meningkat 5.16% pada $1,224.40, menjadikan nilai pasaran NVIDIA $3.011 trilion. Sementara permodalan pasaran Apple ditutup pada $3.003 trilion selepas sahamnya meningkat 0.78%.

NVIDIA Pintas Apple, Kini Syarikat Kedua Paling Bernilai Di Dunia

Microsoft yang berpangkalan di Redmond, Washington, kekal sebagai syarikat paling bernilai di dunia pada $3.151 trilion selepas sahamnya naik 1.91%.

largest company_

Dengan Nvidia mendominasi perlumbaan dalam teknologi AI melalui cip andalannya, nilai pasaran syarikat itu terus menyaksikan peningkatan.

Untuk rekod, NVIDIA menjadi syarikat $1 trilion pada Mei 2023, kemudian melonjak melepasi $2 trilion pada Februari tahun ini, menjadikannya lebih bernilai daripada Amazon dan Alphabet.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY