Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA GTX 1160 Keluar Hujung Tahun Ini?

NVIDIA GTX 1160 Keluar Hujung Tahun Ini?

Diterbitkan Julai 5, 2018 oleh Wiser MY

NVIDIA memperkenalkan kad grafik dengan senibina Pascal lebih dari 2 tahun lalu. Dalam tempoh tersebut, kedudukan NVIDIA sebagai pengeluar kad grafik dengan pelbagai kelas sukar dicabar lebih-lebih lagi pencabar terdekat mereka, AMD.

Tahun 2018 membawa khabar gembira buat peminat NVIDIA kerana kad grafik dengan senibina Volta mula disebut-sebut akan membuat kemunculan. Perkara ini juga secara tidak langsung disahkan oleh wakil Lenovo semasa memperkenalkan produk Legion Cube Gaming PC di E3 2018.

Di minit 2.50, wakil Lenovo tersebut mengesahkan kad grafik NVIDIA siri 11 yang merujuk kepada GTX 11XX akan mula didapati pada bulan 10 ini.

Kad grafik bersenibina Volta akan dibuat menggunakan teknologi fabrikasi 12nm berbanding kad grafik Pascal seperti GTX 1080 Ti yang dibina dengan teknologi fabrikasi 14nm.

Dengan teknologi fabrikasi yang lebih rumit, kad senibina Volta sudah pasti dapat memberikan kuasa pemprosesan yang lebih tinggi dan lebih cekap tenaga. Nvidia sudah mengeluarkan kad grafik dengan senibina Volta iaitu Titan V dan Tesla V100 dan kebanyakkan peminat sudah pasti menunggu kehadiran kad grafik yang lebih murah seperti GTX 1160.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY