Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nubia Z50 Ultra_2

Nubia Z50 Ultra Dengan Kamera Bawah Skrin Bakal Dilancar Minggu Depan

Diterbitkan Mac 2, 2023 · Dikemas kini Mac 2, 2023 oleh Amalina Athman

nubia, sebuah jenama di bawah ZTE telah pun mengesahkan Z50 Ultra akan dilancarkan pada 7 Mac 2023. Terbaharu, syarikat itu telah memperincikan sejumlah spesifikasi dan kamera bawah skrin yang akan dimuatkan pada peranti tersebut.

Berkaitan

  • Dua Model nubia Red Magic 8 Pro Diperkenal - Snapdragon 8 Gen 2, Pengecasan Sehingga 165W
  • TM Dan ZTE Bawa Pengalaman Jalur Lebar 50Gbps Pertama Di Malaysia

Dilengkapi skrin penuh Neovision UDC serta teknologi kamera bawah skrin generasi keempat, kamera utama Z50 Ultra dimuatkan jarak fokus (focus length) 35mm, manakala 85mm untuk lensa telefoto periskop 64MP. Kedua-duanya didatangkan bersama sokongan OIS.

Nubia Z50 Ultra Dengan Kamera Bawah Skrin Bakal Dilancar Minggu Depan
Nubia Z50 Ultra Dengan Kamera Bawah Skrin Bakal Dilancar Minggu Depan
Nubia Z50 Ultra Dengan Kamera Bawah Skrin Bakal Dilancar Minggu Depan

Menurut Digital Chat Station, kamera utama dikatakan sama seperti nubia Z50, iaitu sensor Sony IMX787 64MP dengan apertur f/1.6. Terdapat juga lensa ketiga untuk sudut ultra-lebar dengan sensor 50MP.

Untuk janaan peranti, nubia mengesahkan Z50 Ultra akan dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 bersama sokongan RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0.

Nubia Z50 Ultra Dengan Kamera Bawah Skrin Bakal Dilancar Minggu Depan

Untuk lain-lain spesifikasi, dijangka lebih banyak maklumat mengenainya akan didedahkan dari semasa ke semasa, menjelang lima hari lagi pelancarannya.

Sumber:nubia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY