Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
penyelenggaraan TM

TM Dan ZTE Bawa Pengalaman Jalur Lebar 50Gbps Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Januari 27, 2023 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi cabang inovasinya, Telekom Research & Development Sdn Bhd (TM R&D) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama  ZTE (Malaysia) Corporation Sdn Bhd (ZTE) bagi berkolaborasi membawakan pengalamana kelajuan jalur lebar internet sepantas 50Gbps.

Menerusi MoU ini, TM R&D dan ZTE akan bersama-sama meneroka keupayaan teknologi akses Rangkaian Optik Pasif (PON) generasi akan datang, 50GPON, untuk menyokong pelbagai senario aplikasi.

TM Dan ZTE Bawa Pengalaman Jalur Lebar 50Gbps Pertama Di Malaysia

Di samping itu, kedua-dua entiti akan mengkaji kes-kes penggunaan yang boleh memberikan akses ultra jalur lebar kepada kerajaan, perusahaan dan pengguna, serta menyokong keperluan perkhidmatan inovatif seperti 5G, Realiti Maya Awan (VR), pembuatan pintar industri untuk lebar jalur yang tinggi, latensi rendah dan penyegerakan jam yang akan dapat meningkatkan pengalaman pengguna di Malaysia.

“TM R&D komited untuk menjalankan penyelidikan mengenai teknologi masa depan dan menginovasi eko-sistem pintar bernilai tambah baharu yang akan meningkatkan kualiti pengalaman pengguna, dan akhirnya membawa kesan positif kepada kehidupan mereka. Ini sesuai dengan transformasi Kumpulan TM ke arah menjadi TechCo yang berpusatkan manusia. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan pemain global terkenal seperti ZTE untuk berinovasi pada teknologi PON generasi akan datang sejajar dengan trend global dan pelan hala tuju teknologi.” Dr. Sharlene Thiagarajah, Ketua Pegawai Eksekutif, TM R&D.

“Dengan perkhidmatan jalur lebar rumah Gigabit digunakan secara meluas di Malaysia pada masa ini, dan rangkaian tetap asas berada dalam tempoh evolusi dari GPON ke 10G PON, perkongsian ini datang tepat pada masanya.” Steven Ge, Ketua Pegawai Eksekutif, ZTE Malaysia.

Berkaitan

  • Coca-Cola Dikatakan Akan Berkolaborasi Dengan Telefon Pintar
  • Gorilla Glass Victus 2 Bakal Buat Kemunculan Pertama Pada Siri Samsung Galaxy S23
  • Taman Tema Air Baharu, Splash Mania Akan Ada Gelongsor Dengan VR

Sumber: TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY