Dua Model nubia Red Magic 8 Pro Diperkenal - Snapdragon 8 Gen 2, Pengecasan Sehingga 165W

nubia, sebuah jenama di bawah ZTE baru saja melancarkan 2 model baharu iaitu Red Magic 8 Pro dan Red Magic 8 Pro+. untuk pasaran China.

Persamaan Pro dan Pro+


Kedua-dua lengkap dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, cip Red Magic R2 kamera dan perisian dalaman.

Red Magic R2 ialah untuk kesan gaming yang lebih baik seperti butiran bunyi, tahap sensitiviti sentuhan dan maklum balas getaran haptik.



Di bahagian atas telefon, ia mempunyai port bicu audio 3.5mm. Selain itu, mod gaming juga boleh dihidupkan melalui butang khas di sisi telefon.

Untuk paparan, telefon ini tampil dengan skrin AMOLED bersaiz 6.8" dengan kadar segar 120Hz dan kadar input sentuh sehingga 960Hz.

Di belakang, ia menempatkan 3 kamera iaitu 50MP (ISOCELL GN5, 1/1.57”), 8MP sudut lebar dan 2MP makro.

Bagi swafoto, kamera 16MP diletakkan bawah skrin. Jadi, pengalaman skrin penuh betul-betul dapat dirasai.

Red Magic 8 Pro




Telefon ini dilengkapi bateri berkapasiti 6,000mAh dengan pengecasan 80W. Ini merupakan kapasiti terbesar dalam siri Red Magic.

Menurut nubia, baterinya direka dengan 8 sel berlainan demi pengurusan haba yang baik.

Harganya bermula 3,999 yuran iaitu sekitar RM2,540 dan hadir dalam warna hitam.

  • 8/128GB

  • 8/256GB

  • 12/256GB


Red Magic 8 Pro+




Mungkin sedikit pelik kerana model lebih berkuasa ini mempunyai bateri lebih kecil iaitu 5000mAh. Akan tetapi, ia datang pula dengan pengecasan pantas yang lebih 2 kali ganda pantas iaitu 165W.

Menariknya, nubia memberikan pengecas jenis GaN. Namun, GSMArena percaya ia mungkin tidak akan diberikan untuk edisi antarabangsa atas sebab piawaian.

{suggest}

Versi Pro ini juga mempunyai pelbagai ciri untuk pengurusan haba ketika bermain permainan iaitu ICE 11.00, lapisan grafit dan ruang wap 3D.

  • 8/128GB

  • 8/256GB

  • 12/256GB


Harganya bermula pada 5,199 yuan iaitu lebih kurang RM3,305. Menarik lagi, setiap varian dikatakan akan hadir dengan versi lutsinar namun sedikit lebih mahal.

Ia akan mula dijual di China pada esok pagi melalui dalam talian. Bagi pasaran antarabangsa, kami belum menerima maklumat daripada pihak nubia Malaysia setakat ini.

Sumber: nubia