Syarikat yang merupakan anak syarikat kepada ZTE ini telah mengumumkan bahawa peranti permua ini akan mempunyai sistem penyejukan tersendiri bagi mengelakkan daripada peranti cepat panas semasa permainan video sedang dimainkan. Dengan reka bentuk yang menarik, ia dijangka akan mendapat sambutan hangat bagi peminat permainan video mudah alih di negara ini.
Peranti ini akan disokong oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835 dengan 8GB RAM serta 128 GB kapasiti simpanan yang dijangka mampu untuk memberi prestasi terbaik ketika bermain. Selain itu, peranti ini juga akan dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3,800 mAh dan juga paparan skrin 5.99 inci FHD+ .
Bagi kamera peranti ini pula, ia akan hadir dengan kamera utama 24 MP f/1.7 yang berkemampuan merakam video dengan resolusi 4K pada 30fps serta kamera hadapan 8 MP f/2.0yang mampu merakam video pada kualiti definisi tinggi penuh 1080p. Peranti ini turut memiliki pencahayaan RGB pada bahagian belakang serta ciri istimewa untuk mengurangkan jumlah aplikasi yang berjalan dilatar bagi memberi kadar FPS terbaik kepada pemain.
Harga jualan bagi Nubia Red Magic ini adalah dijangka sekitar RM 1535 (~$399) untuk pembeli awal menerusi kempen IndieGogo, namun setakat ini belum ada maklumat berkenaan harga sebenar peranti ini. Tarikh berkenaan pelancaran peranti ini buat pasaran Malaysia juga masih belum diketahui.
Ikuti laman web rasmi Nubia untuk maklumat berkenaan peranti ini serta peranti keluaran Nubia yang lain.
Sumber
Berkaitan
- Rekaan & Spesifikasi HONOR 20 Dikatakan Tertiris, Bakal Tampil Dengan Tetapan Tri-Kamera Utama
- Google Home Akan Menjadi Pesaing Utama Amazon Echo
- Samsung Galaxy A70 Mula Ditawarkan Di Malaysia, Dikuasakan Oleh Snapdragon 675 & Tri-Kamera Utama
- Samsung Galaxy Note 10 Mungkin Hadir Dengan Tetapan Kuad-Kamera Utama
- Google Akan Bayar Hampir RM 50 Bilion Untuk Terus Menjadi Enjin Carian Utama Peranti Apple
- Huawei Kini Berada Dalam Senarai 10 Jenama Utama YouGov BrandIndex
- Huawei- Mate 10 Akan Menjadi Pencabar Utama iPhone
- Oppo Find X Akan Hadir Dengan Cip Pemprosesan Snapdragon 845, Dwi-Kamera Utama
- Oppo R17 Pro Bakal Disokong Oleh Tri-Kamera Utama Dengan Fungsi Sama Seperti Galaxy Note 9
- iPhone Bakal Mengikut Jejak Langkah Huawei Dengan Tetapan 3 Kamera Utama