Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Phone 2a

Nothing Sahkan Kehadiran Phone (2a) Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Februari 1, 2024 · Dikemas kini Februari 1, 2024 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, Nothing Phone (2a) dilaporkan telah tersenarai dalam pangkalan data SIRIM, yang mana menandakan kehadirannya untuk pasaran global – khususnya Malaysia – dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan terbaharu, Nothing hari ini mengumumkan Phone (2a) akan dilancarkan tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Nothing Phone (2a) Lulus SIRIM, Dijangka Rasmi Dalam Masa Terdekat

Melalui platform X, syarikat itu memuat naik video teaser bagi mengesahkan kehadiran Phone (2a). Di YouTube, pengasas bersama Nothing Akis Evangelidis turut mendedahkan bahawa imej Aerodactyl yang dimuat naik oleh CEO Carl Pei di X sebelum ini merupakan nama kod Phone (2a).

Namun begitu, ketika ini belum banyak yang didedahkan oleh Nothing mengenai peranti itu, termasuk tarikh pelancaran dan lain-lain.

See the world through fresh eyes.

Phone (2a) is coming. pic.twitter.com/kPSvFTfGuS

— Nothing (@nothing) February 1, 2024

Berdasarkan spekulasi sebelum ini, Nothing Phone (2a) dikatakan akan menampilkan paparan 6.7-inci AMOLED 120Hz, cip MediaTek Dimensity 7200, konfigurasi memori sehingga 12GB dan 256GB storan.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai peranti itu, nanti pengumuman rasmi daripada Nothing menjelang pelancaran tidak lama lagi.

  • Beli produk Nothing yang lain di Shopee: https://invl.io/clko5kf
  • Beli produk Nothing yang lain di Lazada: https://invol.co/clko5kj

Sumber: Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY