Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Phone (2a) Lulus SIRIM, Dijangka Rasmi Dalam Masa Terdekat

Nothing Phone (2a) Lulus SIRIM, Dijangka Rasmi Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan Januari 29, 2024 · Dikemas kini Januari 29, 2024 oleh Amsyar Latif

Nothing Phone (2) dilancarkan secara rasmi pada tahun lalu dan kini mereka dilihat akan memperkenalkan telefon kelas pertengahannya terbaru menerusi Nothing Phone (2a).

Tidak pelik sekiranya Nothing membuat penamaan sedemikian memandangkan Nothing memang mempunyai beberapa identiti seperti iPhone dan Google Pixel.

Sebelum ini, telefon Nothing Phone (2a) telah didapati dalam pangkalan data TUV yang mana hadir dengan nombor model A142.

Nothing Phone (2a) Lulus SIRIM, Dijangka Rasmi Dalam Masa Terdekat

Kini, Lowyat.net melaporkan bahawa telefon dengan nombor model sama telah mendapat kelulusan daripada SIRIM dan dijangka bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Dari segi spesifikasi, Nothing Phone (2a) dikhabarkan menampilkan paparan 6.7″ AMOLED 120Hz, cip MediaTek Dimensity 7200, memori sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB.

Selain itu, ia juga mungkin menggunakan kamera 50MP untuk utama dan ultra lebar, 16MP swafoto, sokongan pengecasan 45W dan menjalankan Nothing OS 2.5 berasaskan Android 14.

Nothing Phone 2a PVT

Gets:
– 120Hz OLED panel
– Dimensity 7200
– 8/128GB
– 50MP dual camera setup
– Ships with Nothing OS 2.5
– Android 14
– New back design
– Redesigned Glyph
– Glyph controls similar to Phone 2

MWC launch, Good for $400 pic.twitter.com/WNCoJoRMhW

— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) December 16, 2023

Peranti ini dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada penghujung Februari nanti, iaitu semasa Mobile World Congress (MWC) berlangsung.

Sumber: lowyat.net, mysmartprice

Beli produk Nothing di:

Shopee – https://invl.io/clknhyz

Lazada – https://invol.co/clknhz4

Berkaitan

  • Ini 35 Keping Hasil Gambar Daripada Nothing Phone (2)
  • Nothing Phone (2) Rasmi Di Malaysia Serendah RM2,999
  • (Ulasan) Nothing Phone (2) - Kedua Pasti Lebih Baik, Aku Yakin Itu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY