Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia ‘Pisang’ Tiruan Dijual Secara Berleluasa Di Pasaran Malaysia

Nokia ‘Pisang’ Tiruan Dijual Secara Berleluasa Di Pasaran Malaysia

Diterbitkan Julai 21, 2018 oleh Haikel Areff

HMD Global telah memberi amaran kepada pengguna atau peminat peranti Nokia di Malaysia agar berhati-hati dalam membeli peranti Nokia 8110 4G. Ini kerana mereka menerima laporan bahawa wujudnya penjualan peranti tiruan bagi model tersebut secara berleluasa di pasaran tempatan.

Nokia 8110 4G merupakan peranti kelas kemasukan yang menyokong sambungan 4G, menggunakan cip Snapdragon 205, serta hadir dengan memori 512MB dan ruang simpanan dalaman 4GB. Ia turut dikenali sebagai Nokia Pisang kerana warna kuningnya yang kelihatan sama dengan kulit buah pisang.

Nokia ‘Pisang’ Tiruan Dijual Secara Berleluasa Di Pasaran Malaysia

Kredit : DigitalTrends

Di samping boleh mula didapati di pasaran Malaysia bermula 6 Julai lalu, peranti ini juga dijual di gedung-gedung atas talian seperti Shopee, Lazada mahupun Facebook. Peranti ini ditawarkan pada harga yang sangat murah iaitu RM 285, sesuai dengan spesifikasi yang didatangkan.

Namun, agak mengecewakan apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menghasilkan produk tiruan bagi peranti ini. Sehubungan dengan itu, HMD Global telah memberi tips untuk anda mengenalpasti peranti asli bagi Nokia 8110 4G ini.

Nokia ‘Pisang’ Tiruan Dijual Secara Berleluasa Di Pasaran Malaysia

Peranti asli bagi Nokia 8110 4G ini akan dibungkus menggunakan bungkusan lutsinar di mana pada bahagian tepi bungkusan akan memaparkan, pelekat AVAXX pada bahagian atas manakala pelekat nombor IMEI terletak pada bahagian bawah bungkusan.

Nokia ‘Pisang’ Tiruan Dijual Secara Berleluasa Di Pasaran Malaysia

Seperti yang dapat dilihat, penjenamaan NOKIA terletak di bahagian atas skrin 2.4 inci peranti dan mikrofon terletak di bawah papan kekunci peranti. Manakala panel belakang peranti pula terdapat kamera yang dikelilingi garis putih, lampu flash di atas lensa kamera, pembesar suara dan logo NOKIA di bawahnya.

Nokia ‘Pisang’ Tiruan Dijual Secara Berleluasa Di Pasaran Malaysia

Bateri peranti juga boleh menandakan sama ada ianya asli atau tidak. Untuk mengetahuinya, ciri bagi bateri untuk model asli ialah ianya perlu mempunyai pelekat hologram AVAXX serta penjenamaan NOKIA yang boleh ditanggalkan.

Sebagai makluman tambahan, peranti ini cuma hadir dengan variasi warna kuning dan hitam sahaja. Pihak HMD GLobal tidak akan melindungi atau memberi jaminan terhadap mana-mana peranti Nokia 8110 4G yang tidak asli.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti atau ajukan soalan anda kepada laman Facebook rasmi Nokia Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY