Nokia Lancar 5 Buah Telefon Di Acara MWC 2018

Nokia hari ini telah melancarkan lima buah telefon pada acara MWC 2018 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol.

Tiga daripadanya adalah peranti Android One, sebuah model menjalankan Android Oreo Go dan sebuah lagi merupakan model lama yang diberi nafas baru, iaitu Nokia 8110.

Peranti Android One

1. Nokia 7 Plus

https://www.youtube.com/watch?v=gpBStLyzLmk

Telefon pintar pertama dari Nokia yang memperagakan skrin 18:9 yang berukuran 6 inci dan dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 660.

Dibina dari aluminium dengan 6 lapisan cat seaakan seramik, model ini ditawarkan dalam 2 warna iaitu Hitam dan Putih.

Tetapan dwi-kamera yang menggabungkan kamera 12MP+12MP manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Bahagian memori pula menggunakan RAM 4GB dan storan sebesar 64GB dengan sokongan kad MikroSD. Akan mula dipasarkan pada April pada harga sekitar €399 ~(RM2188.69).

2. Nokia 8 Sirocco

https://www.youtube.com/watch?v=UyVRpjq5-sc

Hadir dengan layar skrin berukuran 5.5 inci dan masih mengekalkan nisbah paparan lama, 16:9.

Model premium ini dipacu dengan cipp snapdrgon 835, digandingkan bersama RAM 6GB, dan memori simpanan 128GB.

Membawakan dwi kamera 12MP lensa Zeiss dan 13MP lensa telefoto dengan keupayaan 2 kali zoom optikal. Kamera swafoto pula menggunakan lensa 5MP.

Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3260mAh beserta sokongan pengcasan tanpa wayar Qi, ia menjanjikan pengecasan sehingga 50% dalam masa 30 minit.

Harga pasaran di Eropah adalah 799 euro, bersamaan dengan ~RM3847.80 berdasarkan pertukaran matawang asing.

3. Nokia 6 (2018)

https://www.youtube.com/watch?v=qmJitfThItk

Model ini menandakan bermulanya platform Android One bagi jenama Nokia. Dilengkapi dengan cip Snapdragon 630, variasi pilihan memori antara RAM 3/4GB dan storan dalaman 32GB/64GB.

Nokia 6 versi 2018 mempunyai kamera Zeiss 16MP beserta flash dwi-tona, sementara bahagian hadapan dihiasi kamera 8MP. Pengimbas cap jari terletak dibahagian belakang.

Dari segi ukuran, ia bersaiz 5.5 inci, kapasiti bateri 3000mAh dengan pengecasan pantas, dan harga yang ditetapkan adalah 279 euro atau ~RM1343.60.

Android Oreo versi Go

1. Nokia 1

https://www.youtube.com/watch?v=txpltyYtLic

Ini merupakan keluaran segmen bajet yang menjalankan sistem operasi versi ringan, Android Oreo Go. Hadir dengan skrin 4.5 inci dan dikuasakan dengan cip 1.1GHz dari MediaTek.

Menggunapakai RAM 1GB storan sebesar 8GB, kamera utama 5MP dan kamera swafoto hanya 2MP.

Ditawarkan bermula awal April pada harga $85 (~RM332.10) dan akan mempunyai 4 pilihan warna.

Model yang diberi nafas baru

1. Nokia 8110 4G

https://www.youtube.com/watch?v=KmsrNIqxpOs

Kalau sebelum ini Nokia mengeluarkan semula Nokia 3310, kali ini tiba giliran "Nokia Pisang" membuat kemunculan.

Nokia 8110 diberi nafas baru dengan ukuran 2.4 inci dan akan mempunyai sambungan 4G. Menerusi peranti ini, pengguna boleh menikmati aplikasi seperti Google Search, Maps,  dan juga Assistant.

Ia turut disertakan dengan aplikasi media sosial seperti Facebook dan Twitter. Hanya mempunyai kamera belakang menerusi lensa 2MP dan tiada kamera hadapan.

Nokia Pisang dijana dengan cip Snapdragon 205 cukup berkuasa menjalankan permainan "Snake" kegemaran ramai.

Dibekalkan dengan bateri 1500mAh dan dijual pada harga  €80 ~(RM 438.99).