Comeback King- Kemunculan Semula Nokia Dalam Barisan Flagship

"Comeback King". Itulah yang dapat kami katakan tentang kemunculan semula Nokia 8 dalam barisan flagship di pasaran telefon pintar.

Nokia adalah salah satu nama tertua dan paling dihormati dalam sejarah arena telefon. Nokia dan Motorola lah yang memulakan inovasi yang mancipta teknologi telefon mudah alih.

Nokia diingati oleh sejumlah besar pengguna telefon bimbit sebagai telefon pertama mereka dan merupakan telefon terbaik pada ketika itu, lasak dan boleh diharap. Tidak hairanlah ramai yang menantikan kemunculan semula flagship Nokia ke pasaran.



Nokia 8 sudah pun dilancarkan pada 16 Ogos yang lalu dalam satu acara bertempat di London. Hari ini wiser.my dijemput ke acara pelancaran Nokia 8 yang berlangsung di Putrajaya. Nantikan video acara pelancaran dan ulasan Nokia 8 dalam segmen "Apa Kata Wiser".

Peranti ini akan dijual pada harga mampu milik RM 2299, lebih murah berbanding harga di pasaran Eropah iaitu pada £499 (~RM2750).



Ianya dibina dengan paparan skrin IPS LCD bersaiz 5.3 inci bersama paparan resolusi 2K. Namun agak mengecawakan apabila kapasiti bateri hanya bersaiz 3090 mAh manakala storan dalaman 64GB.



Dari segi spesifikasi, Nokia 8 dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 835, 8-teras pada kadar 2.5GHz. Ianya memiliki saiz RAM 4GB.



Yang menariknya, Nokia 8 dijalankan dengan Android Nougat 7.1.1. Ini bermakna ianya dijalankan dengan sistem operasi tanpa bloatware (stock Android). Maka ianya dilihat bakal menjadi peranti awal yang akan menerima kemaskini Android Orea 8.0.



Ini juga merupakan peranti pertama dari Nokia yang membawakan tetapan dwi-kamera dengan kerjasama pembuat sensor kamera terkemuka Zeiss.

Kamera utama di bahagian belakang memperagakan tetapan dwi-kamera (13MP RGB + 13MP Monokrom) menggunakan sensor optik f/2.0 Zeiss dan penstabilan imej. Manakala untuk kamera selfie pula memperlihatkan juga sensor Zeiss 13MP PDAF di bahagian hadapan.

Nokia juga turut membawakan OZO Audio yang menggunakan sepenuhnya 3 mikrofon bersama algoritma akustik eksklusif Nokia dalam memberi bunyi 360°. Ciri seperti ini sangat sesuai untuk pengguna yang gemarkan rakaman video seperti Youtubers dan sebagainya.



Lagi yang menarik tentang Nokia 8 adalah mod "Dual-Sight" yang membenarkan pengguna strim secara langsung di Facebook dan Youtube melalui kamera hadapan dan belakang serentak atau pisahan dua skrin bersama sokongan rakaman 4K, pertama seumpamanya ketika ini.