Nokia 8 Dijual Pada Harga Promosi Sempena Tahun Baru Cina

Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, model flagship dari Nokia bakal ditawarkan pada harga promosi.

Nokia 8 mendarat didalam pasaran negara pada September tahun lalu dengan membawakan beberapa ciri menarik dan dijual pada harga RM2299.



Menurut HMD Global, bermula 31 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2018 depan, Nokia 8 akan menerima potongan harga sebanyak RM311 dan menjadikan harga dagangan terbaru kepada RM1988. Tidak cukup dengan itu, setiap pembelian juga akan diiringi dengan hadiah percuma bernilai RM200.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan peranti ini, bolehlah tonton ulasan penuh Nokia 8 dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=OQCHA_eZ9-s

Sumber: Nokia Malaysia