Rata-rata pengguna telefon pintar di Malaysia memiliki power bank. Tanpa mengira saiz, ia satu peranti wajib bagi pengguna terutamanya ketika sedawng dalam perjalanan yang jauh.
Mi Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka telah mengumumkan Mi Power Bank 2 bakal menembusi pasaran dalam negara.

Mi Power Bank 2 berkapasiti 10,000 mAh dengan keupayaan pengecasan pantas dua hala. Mempunyai reka bentuk nipis dengan hanya 14.1 mm, pastinya ia menjadi pilihan ramai.
Kemasan dibahagian luar pula diperbuat daripada aluminium dengan rekaan yang mudah dipegang serta tidak mudah jatuh jika tangan berpeluh.
Selain itu, litar cip didalam Mi Power Bank 2 dilidungi dengan 9 lapis pelindung bagi memastikan ia terselamat dari sebarang kerosakan. Sesuai untuk pengecasan 5V/2A, 9V/2A dan 12V/1.5A, Mi Power Bank 2 mampu memberikan kuasa sehingga 18W pada apa jua peranti yang bersambung.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Mi Power Bank 2 ini bolehlah membeli secara atas talian di Mi Store Lazada pada harga RM85. Ia akan mula dipasarkan pada 24 Februari ini.
Menurut Mi Malaysia lagi, terdapat sedikit kelainan pada kotak power bank versi ini dengan tulisan berbahasa China akan terpapar dan bukannya tulisan Inggeris.

Kesemua Mi Power Bank 2 yang akan dipasarkan di Malaysia akan dilekatkan dengan pelekat ‘Era International’ yang merupakan pengedar rasmi barangan Mi di negara ini.
Sumber: Mi Malaysia