Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sekatan WeChat Mungkin Di Amerika Syarikat Sahaja, Tidak Libatkan Pengguna Global

Sekatan WeChat Mungkin Di Amerika Syarikat Sahaja, Tidak Libatkan Pengguna Global

Diterbitkan Ogos 24, 2020 oleh Helmi Samsuri

Awal Ogos ini Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif yang melibatkan sekatan keatas dua aplikasi popular seperti WeChat.

Keputusan yang dibuat itu seterusnya menimbulkan tanda tanya sama ada sekatan tersebut akan memberikan implikasi kepada pengguna global yang lain ataupun tidak.

Melalui perkhabaran terbaru, sumber Bloomberg melaporkan bahawa pengharaman mungkin dilakukan di Amerika Syarikat sahaja tanpa menjejaskan pengguna di negara yang lain.

Pentadbiran negara itu juga dikatakan sedang berusaha meneliti bagaimana sekatan akan dilakukan dan adakah kerajaan AS akan membenarkan Apple serta Google menawarkan aplikasi terbabit untuk pengguna diluar negara tersebut.

Walaupun begitu, sekiranya individu luar masuk ke AS, mereka masih boleh menggunakannya tetapi tidak boleh mengemaskini kepada versi yang terbaharu. Langkah yang bakal dikuatkuasakan AS ini dilihat lebih kepada menyekat muat turun baru serta membuat kemaskini.

Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan Apple mungkin akan kehilangan sejumlah besar pengguna iPhone di China sekiranya WeChat dibuang dari App Store.

Dalam masa yang sama, Bloomberg menyebut bahawa pelabur-pelabur Apple berasa bimbang larangan akan memberi kesan terhadap jualan iPhone di China. Hal ini kerana, negara tembok besar itu mungkin boleh melakukan perkara yang sama terhadap fasiliti pengilangan Apple yang berada disana.

Sumber: Bloomberg

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY