Huawei Nova 5z Dilancarkan Dengan Kirin 810

Huawei sedia melancarkan siri tiga model baru dalams siri Nova pada bulan Jun yang lalu dikenali sebagai Nova 5, Nova 5 Pro dan Nova 5i. Ia kemudiannya disusuli pula dengan kehadiran Nova 5i Pro .

Kini menambah satu lagi penawaran adalah Huawei Nova 5z yang baru sahaja diperkenalkan di China. Secara ringkasnya, Huawei Nova 5z tampil dengan skrin paparan 6.26 inci IPS LCD dengan bucu kiri disertakan bersama rekaan punch hole, menempatkan kamera 32MP.



Panel belakang pula memperlihatkan kuad kamera terdiri daripada lensa utama 48MP, 8MP sudut super lebar, 2MP makro dan 2MP depth yang disusun secara petak.

Mengoperasikan peranti adalah cip pemprosesan Kirin 810 dengan sistem memori RAM 6GB yang berpasangan bersama storan antara 64GB atau 128GB. Model ini bakal dijana dengan bateri berkapasiti 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 20W.

Huawei memberikan tiga pilihan warna iaitu hijau, hitam dan biru yang mana ia dijual pada harga 1599 yuan (~RM946) serta 1799 yuan (~RM1064), mengikut variasi storan. Jika meneliti pengenalan peranti terbaru ini, ia boleh dianggap sebagai alternatif kepada Huawei Nova 5i Pro dengan kombinasi memori yang sedikit rendah.

Belum dapat dipastikan lagi sama ada Huawei Nova 5z akan dibawa ke pasaran global ataupun tidak.

Sumber: Huawei