Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-10-15 at 2.27.39 PM

Vivo NEX 3 5G Rasmi Dijual Pada Harga RM3899, Pra-Tempah Bermula Hari Ini

Diterbitkan Oktober 15, 2019 · Dikemas kini Oktober 15, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pertengahan September yang lalu kita telah melihat inovasi paparan “air terjun” membuat kemunculan rasmi pada Vivo NEX 3 5G. Diperkenalkan terlebih dahulu untuk pasaran China, kali ini ia dibawa pula ke dalam pasaran Malaysia dan pra-tempah sudah pun boleh dibuat hari ini, 15 Oktober sehingga 18 Oktober.

IMG 1 – NEX 3

Diletakkan pada tanda harga RM3899, Vivo NEX 3 5G disebut sebagai telefon pintar 5G pertama dijual secara rasmi di Malaysia dan tempahan awal ini boleh dibuat menerusi kedai konsep Vivo terpilih, Vivo Online Store, pengedar sah serta platform dalam talian seperti Lazada dan Shopee.

Tidak hanya membawa pulang peranti sahaja, pembelian Vivo NEX 3 5G akan turut ditemani dengan hadiah percuma seperti Business Toiletries Case, berus gigi elektrik, pencukur elektrik serta lanjutan jaminan+1tahun perlindungan skrin yang kesemuanya bernilai RM699.

Vivo NEX 3 5G merupakan sebuah telefon pintar yang dilengkapi dengan cip Snapdragon 855 Plus, gandingan RAM 8GB dan 256GB ruang simpanan dalaman berasaskan UFS 3.0. Ia memperagakan skrin paparan 6.89 inci POLED Waterfall FullView yang mana sisinya melengkung lebih dalam berbanding peranti lain. Selain itu, bahagian sisi disertakan juga dengan ciri Touch Sense, menggantikan butang fizikal biasa bagi fungsi kuasa serta laras bunyi audio.

Baca juga – Sampel Foto Hasil Rakaman Daripada Tiga Kamera Vivo NEX 3 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY