Sebut sahaja Nokia, mulalah fikiran melayang mengenangkan kisah silam menggunakan peranti dari jenama lagenda tersebut.
Pelbagai nama jolokan diberi pada model-model keluaran syarikat yang berpengkalan di Finland itu. Sabun, sembilu, daun, dan bermacam-macam lagi. Mungkin ada diantara anda yang merindui kelibat “Nokia Pisang”, HMD Global ada berita baik buat semua.
Bermula esok, Jumaat 6 Julai 2018, Nokia akan mula menjual Nokia 8110 yang telah diberi nafas baru. Lebih dikenali dalam kalangan peminat tempatan sebagai Nokia Pisang, model yang dilahirkan semula ini disertakan dengan keupayaan 4G, sokongan aplikasi terkini seperti Facebook, Twitter dan juga Google Maps.
Spesifikasi Nokia 8110 (RM 285)
- Sambungan 4G
- Sistem operasi Smart Feature OS
- Cip pemprosesan Snapdragon 205
- RAM 512MB
- Skrin lengkung 2.4 inci QVGA
- Bateri 1500mAh
- Sim Mikro
- Warna kuning dan hitam
Sebuah lagi model yang bakal dijual esok adalah Nokia 6.1, naik taraf kepada model terdahulu Nokia 6.
Difahamkan ia 60% lebih pantas serta rekaan yang tahan lasak diperbuat daripada blok pejal aluminium 6000 siri.
Spesifikasi Nokia 6.1 (RM1100)
- Sistem operasi Android Oreo 8.0
- RAM 4GB beserta memori 64GB dan sokongan kad memori sehingga 128GB
- Skrin 5.5 inci HD penuh
- Kamera 16MP dengan lensa ZEISS
- Kamera swafoto 8MP
- Bateri 3000mAh
- Warna putih dan hitam
Kedua-dua model ini boleh didapati disemua gedung peruncit Nokia diseluruh negara mulai 6 Julai ini.