Tahun 2017 melihatkan comeback dari Nokia ke dalam pasaran telefon pintar di dunia.
Bersempena dengan itu mereka turut memberi nafas baru kepada model 3310 disamping beberapa model lain yang menggunakan sistem operasi Android.
Setelah hampir 3 bulan menunggu, rakyat Malaysia kini berpeluang merasai sendiri telefon keluaran Nokia itu yang mana pertama kali ia dipertontonkan kepada umum adalah pada acara MWC 2017.
Nokia 3310 versi 2017 ini akan dijual pada harga RM239.
Ok sekarang kita lihat pula spesifikasi telefon ini.
- Sambungan rangkaian 2G
- Skrin paparan QVGA 2.4 inci
- Papan kekunci fizikal
- Housing yang boleh ditukar mengikut warna kegemaran
- Bicu fon kepala
- Kamera 2MP
- Bateri berkapasiti 1,200 mAh
Turut sama dilancar adalah model Nokia 3, Nokia 5, dan Nokia 6.
Nokia 3 (RM 599)
- Skrin 5 inci IPS LCD HD
- Pemproses MediaTek MT6737
- RAM 2GB
- Storan dalaman 16GB
- Android Nougat 7.0
- Kamera utama: 8MP, Kamera hadapan: 8MP
- Bateri 2650 mAh
Nokia 5 (RM799)
- Skrin 5.2 inci IPS LCD HD
- Pemproses Snapdragon 430
- RAM 2GB
- Storan dalaman 16 GB
- Android Nougat 7.1.1
- Kamera utama: 13MP, Kamera hadapan: 8MP
- 3,oo0 mAh
Nokia 6 (RM999)
- Skrin 5.5 inci IPS LCD HD
- Pemproses Snapdragon 430
- RAM 3GB
- Storan dalaman 32GB
- Android Nougat 7.1.1
- Kamera utama: 13MP, Kamera hadapan: 8MP
- 3,oo0 mAh
Kesemua model dari Nokia ini dibawakan ke pasaran Malaysia oleh HMD Global.
Sumber: Lowyat.net
Sumber foto: Facebook Berita Harian
Berkaitan
- Snapdragon 888 Plus Kini Rasmi Diumumkan
- OPPO Gandakan Usaha Untuk Membangunkan Cip Pemproses Tersendiri
- Kenali 10 Virus Komputer Paling Berbahaya Di Dunia
- Corning Umum Gorilla Glass DX/DX+, Pelindung Lensa Kamera Telefon Pintar
- Spesifikasi Snapdragon 670, 640, Dan 460 Tertiris
- Ciri Mesej Dalam Aplikasi YouTube Akan Ditamatkan 18 September Ini
- Kawal Nissan GT-R Dengan Hanya Alat Kawalan PlayStation 4
- ASUS Grand Sale - Tawar Diskaun Serta Baucar Berjumlah RM200,000 Untuk Bakal Pembeli
- Aplikasi Uber Tampil Dengan Fungsi Musik
- Tetikus Tanpa Wayar G Pro Diperkenalkan Logitech Dengan Harga RM 699