Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nokia 3310 (2017) Dilancar Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia – Turut Sama Diperkenalkan Nokia 3, Nokia 5, Nokia 6

Posted on Mei 30, 2017Mei 30, 2017

Siapa yang tidak kenal dengan model legenda Nokia 3310, telefon paling laris dipasaran suatu ketika dahulu.

Tahun 2017 melihatkan comeback dari Nokia ke dalam pasaran telefon pintar di dunia.

Bersempena dengan itu mereka turut memberi nafas baru kepada model 3310 disamping beberapa model lain yang menggunakan sistem operasi Android.

Setelah hampir 3 bulan menunggu, rakyat Malaysia kini berpeluang merasai sendiri telefon keluaran Nokia itu yang mana pertama kali ia dipertontonkan kepada umum adalah pada acara MWC 2017.

Nokia 3310 versi 2017 ini akan dijual pada harga RM239.

Ok sekarang kita lihat pula spesifikasi telefon ini.

  • Sambungan rangkaian 2G
  • Skrin paparan QVGA 2.4 inci
  • Papan kekunci fizikal
  • Housing yang boleh ditukar mengikut warna kegemaran
  • Bicu fon kepala
  • Kamera 2MP
  • Bateri berkapasiti 1,200 mAh

Turut sama dilancar adalah model Nokia 3, Nokia 5, dan Nokia 6.

Nokia 3 (RM 599)

  • Skrin 5 inci IPS LCD HD
  • Pemproses MediaTek MT6737
  • RAM 2GB
  • Storan dalaman 16GB
  • Android Nougat 7.0
  • Kamera utama: 8MP, Kamera hadapan: 8MP
  • Bateri 2650 mAh

Nokia 5 (RM799)

  • Skrin 5.2 inci IPS LCD HD
  • Pemproses Snapdragon 430
  • RAM 2GB
  • Storan dalaman 16 GB
  • Android Nougat 7.1.1
  • Kamera utama: 13MP, Kamera hadapan: 8MP
  • 3,oo0 mAh

Nokia 6 (RM999)

  • Skrin 5.5 inci IPS LCD HD
  • Pemproses Snapdragon 430
  • RAM 3GB
  • Storan dalaman 32GB
  • Android Nougat 7.1.1
  • Kamera utama: 13MP, Kamera hadapan: 8MP
  • 3,oo0 mAh

Kesemua model dari Nokia ini dibawakan ke pasaran Malaysia oleh HMD Global.

Sumber: Lowyat.net

Sumber foto: Facebook Berita Harian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress