Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia 1 Khusus Untuk Mereka Yang Mahukan Telefon Pintar Yang Ringan Dari Segi Penggunaan

Nokia 1 Khusus Untuk Mereka Yang Mahukan Telefon Pintar Yang Ringan Dari Segi Penggunaan

Diterbitkan April 10, 2018 oleh Wiser MY

HMD Global sebagai pembuat telefon pintar untuk Nokia secara rasmi memperkenalkan peranti Nokia 1 untuk pengguna negara ini. Nokia 1 direka khusus bagi mereka yang mahukan rekaan segar dan dalam masa yang sama mementingkan fungsi asas yang ada di dalam telefon pintar terkini.

Nokia 1 Khusus Untuk Mereka Yang Mahukan Telefon Pintar Yang Ringan Dari Segi Penggunaan

Nokia 1 merupakan peranti pertama dari HMD Global yang menggunakan perisian Android Oreo™ Go, sistem operasi yang digunakan bagi peranti yang mempunyai nilai memori RAM 1GB dan kebawah. Android Oreo™ Go masih lagi mempunyai aplikasi asli dari Google seperti Google Maps™ Go, YouTube™ Go, dan Google Assistant.

HMD Global menawarkan pengguna peranti yang dioptimumkan untuk penggunaan ringan dengan kualiti pembuatan yang berkualiti serta fungsi-fungsi terkini di dalam satu peranti.

Dilengkapi dengan cip pemprosesan 4 teras, ruang RAM 1GB dan juga simpanan memori dalaman sebanyak 8GB. Nokia 1 juga menyokong ruang kad memori MicroSD sehingga 128GB. Peranti ini juga menyokong sambungan rangkaian 4G bagi meningkatkan perhubungan yang pantas kepada orang tersayang.

Spesifikasi lain adalah:

LTE Band: 1, 3, 5, 7, 8, 20, 38, 40

OS: Android Oreo™ Go

Skrin paparan: 4.5 inci FWVGA IPS

Kamera utama: 5MP FF dengan LED Flash

Kamera hadapan: 2MP FF

Bateri: 2150 mAh

Nokia 1 boleh mula didapati mulai 13 April ini dengan dua pilihan warna; Warm Red dan Dark Blue dengan harga runcit yang disyorkan sebanyak RM 339.00. HMD Global menawarkan case Xpress-on dengan setiap pembelian peranti Nokia 1 sepanjang tawaran promosi sehingga stok masih ada.

Nokia 1 Khusus Untuk Mereka Yang Mahukan Telefon Pintar Yang Ringan Dari Segi Penggunaan

Nokia 1 Khusus Untuk Mereka Yang Mahukan Telefon Pintar Yang Ringan Dari Segi Penggunaan

Pengguna juga boleh membeli case Xpress-on yang dijual berasingan dengan harga permulaan RM 39.90 untuk 2 case. Antara pilihan warna yang ditawarkan adalah Azure ( biru langit), Grey (kelabu), Yellow (kuning), dan Pink (merah jambu).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY