Kini, mereka sekali lagi hadir mengumumkan Switch versi baru yang dikemaskini dengan keupayaan bateri lebih lama. Spesifikasi yang ditawarkan masih sama dengan versi sebelumnya seperti boleh membuat sambungan ke televisyen dan sebagainya.
Nintendo Switch asal hanya menawarkan kuasa bateri yang mampu bertahan antara 2.5 jam ke 6.5 jam masa permainan dan pada versi yang ditambah baik ini, ia mampu memberikan kuasa sehingga 4.5 jam ke 9 jam.
Nintendo tidak menyatakan bagaimana mereka memberikan kuasa tambahan pada Switch namun ia dikhabarkan adalah lanjutan daripada penggunaan CPU terbaru. Sebelum ini, Nintendo dilaporkan ada memfailkan perubahan pada bahagian CPU serta storan.
Turut sama diumumkan adalah alat kawalan JoyCon yang bakal hadir dengan pilihan warna baru iaitu Biru-Kuning serta Ungu-Oren. JoyCon ini akan mula berada dipasaran pada 4 Oktober pada harga $79.99 (~RM329).
Harga untuk model yang dikemaskini masih sama seperti model sebelumnya iaitu antara $280-$300 (~RM 1152- ~RM1234).
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Arena Of Valor Untuk Switch Dilancarkan Bulan Hadapan, Versi Permainan Berbeza Dari Telefon Pintar
- Switch Turut Tawarkan Harga Menarik Untuk Barangan Apple Sempena Jualan 12.12
- Nintendo Switch Keluaran 2019 Mungkin Mempunyai Sokongan 4K
- Nintendo Dijangka Gandakan Pengeluaran Konsol Switch Sehingga 16 Juta Unit
- Call of Duty: Black Ops 4 Bakal Dibangunkan Untuk Nintendo Switch
- Nintendo Henti Pengeluaran Wii U Minggu Ini
- Nintendo Switch Sah Tidak Dilengkapi Dengan Sokongan Fon Kepala Bluetooth
- Perbezaan Antara Nintendo Switch Dan Nintendo Switch Lite Yang Baru Diumumkan
- YouTube Untuk Nintendo 3DS Akan Ditamatkan Bermula 3 September Ini
- Permainan Tekken 7 Belum Pasti Ditawarkan Pada Konsol Switch