Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo Switch

Nintendo Switch 2 Dilapor Akan Ditunda Sehingga 2025

Diterbitkan Februari 19, 2024 · Dikemas kini Februari 19, 2024 oleh Amalina Athman

Laporan sebelum ini mengatakan Switch 2 akan dilancarkan pada musim luruh 2024. Kini, Nintendo dikatakan memberitahu penerbit bahawa tarikh keluaran konsol itu dijadualkan pada suku pertama 2025.

Berkaitan

  • Nintendo Switch 2 Mungkin Setanding Prestasi PlayStation 4 Dan Xbox One

Menerusi laporan VGC, sumbernya memberitahu baru-baru ini Nintendo telah memberikan taklimat kepada syarikat permainan pihak ketiga mengenai kelewatan pelancaran konsol akan datang, dari penghujung 2024 kepada awal tahun berikutnya.

Salah satu sumber penerbitan mengatakan penangguhan itu adalah supaya Nintendo dapat menyediakan perisian yang lebih kukuh untuk konsol. Berkemungkinan konsol Nintendo itu akan mengikut garis masa yang sama dengan Switch, yang dikeluarkan pada bulan Mac.

Laporan awal itu juga disokong oleh sumber yang memberitahu Eurogamer, dengan mengatakan Switch 2 ditetapkan untuk keluaran pada suku pertama 2025.

Sementara Bloomberg turut mengesahkan melalui sumbernya sendiri. Menurut Bloomberg, Nintendo telah memberitahu beberapa eksekutif penerbitan untuk tidak mengharapkan konsol itu sehingga seawal Mac 2025.

  • Beli produk Nintendo di Shopee: https://invl.io/clkqynn
  • Beli produk Nintendo di Lazada: https://invol.co/clkqynj

Sumber: VGC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PROTON Perkasakan Kualiti Dan Produktiviti Di Kilang EV Tanjung Malim
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • (Dikemas Kini) BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
©2026 WISER.MY