Nintendo Switch 2 Mungkin Setanding Prestasi PlayStation 4 Dan Xbox One

Kali terakhir Nintendo hadir dengan konsol terbaru mereka adalah pada tahun 2021 lepas menerusi Switch OLED. Mungkin ramai peminat yang menantikan konsol generasi terbaru atau next-gen daripada Nintendo.

Jangan risau, berkemungkinan Switch 2 akan dilancarkan. Ini kerana, menerusi emel di antara CEO Activision Bobby Kotick dan Presiden Nintendo Shuturo Furukawa, konsol baharu Switch generasi baharu akan mempunyai prestasi setanding perkakas generasi kelapan. Dalam erti kata lain, ia setaraf dengan konsol PlayStation 4 dan Xbox One.
"Given closer alignment of Gen 8 platforms and our previous offerings on PS4 and Xbox One, it's reasonable to assume we can make something compelling for NG (next generation) Switch as well." - Bobby Kotick

Tambah Kotick, beliau terfikir untuk menawarkan permainan Call of Duty untuk konsol Nintendo yang terbaru. Namun, ia bergantung kepada spesifikasi yang ada pada "Switch 2" kelak.

Mungkin ada yang beranggapan PS4 atau Xbox sudah lapuk tetapi sekiranya Switch baharu mempunyai sama taraf prestasi seperti PS5 atau Xbox Series X, ia secara tidak langsung memerlukan kuasa yang amat tinggi.

{suggest}

Lihat sahaja pada Steam Deck dan ROG Ally, masa penggunaannya tidak begitu lama jika hendak dibandingkan Switch OLED.

Pun begitu, setidak-tidaknya Switch dengan perkakasan lebih berkuasa pasti dapat dimanfaatkan pembangun permainan untuk menawarkan permainan (game) yang lebih menarik, contohnya kadar bingkai lebih tinggi 60fps.

Sumber: Nintendo World