Akan tetapi, Nintendo tetap merekodkan jualan perisian atau permainan yang amat baik bagi konsol permainan hybrid berkenaan. Penggemar permainan video pasti mengetahui bahawa Nintendo popular dengan permainan keluaran mereka sendiri seperti Super Mario Bros, Legend of Zelda dan Splatoon.
Bercakap tentang perkara tersebut, Nintendo telah pun mengumumkan senarai 11 permainan keluaran mereka bagi konsol Switch yang paling banyak terjual setakat ini. Permainan-permainan tersebut ialah :
- Super Mario Odyssey – 11.17 juta
- Mario Kart 8 Deluxe – 10.35 juta
- The Legend of Zelda: Breath of the Wild – 9.32 juta
- Splatoon 2 – 6.76 juta
- 1-2-Switch – 2.45 juta
- ARMS – 2.01 juta
- Kirby Star Allies – 1.89 juta
- Xenoblade Chronicles 2 – 1.42 juta
- Donkey Kong Country: Tropical Freeze – 1.40 juta
- Nintendo Labo – 1.39 juta
- Mario Tennis Aces – 1.38 juta
Melihat kepada senarai di atas, dapat kita rumuskan bahawa permainan Super Mario boleh dilabelkan sebagai lagenda bagi Nintendo. Ini dibuktikan dengan tiga edisi permainan berkenaan tersenarai sebagai 11 permainan terlaris.
Namun, kedudukan beberapa permainan dalam senarai ini dijangka akan dicabar dengan beberapa permainan baru yang masih belum dilancarkan. Antara permainan yang mampu menggugat senarai d atas ialah Super Mario Bros : Ultimate dan dua siri Pokemon : Let's Go.
Sumber
Berkaitan
- Vivo Superday Sale - Beli V15 Pro, Anda Berpeluang Bawa Pulang Dron DJI Tello Secara Percuma
- Oppo Lancarkan Bank Kuasa SuperVOOC Pertama, Hadir Dengan Tema Pikachu
- Video Trailer Kedua Pokémon Detective Pikachu Dikeluarkan, Papar Kemunculan Mewtwo
- Video Trailer Pertama Filem Pokémon Detective Pikachu Dipertonton, Bakal Ke Panggung Pada Mei 2019
- Nintendo Umum Pokémon Sword & Shield, Bakal Ke Pasaran Global Penghujung Tahun Ini
- Nintendo Dilaporkan Mahu Lancar Dua Model Switch Tahun Ini
- Samsung Galaxy S8 Bakal Menampilkan Panel RGB Super AMOLED Tanpa Butang Home
- realme 3 Pro Bakal Hadir Dengan Sokongan Rakaman Super Slo-Mo
- Pokemon Go Berkolaborasi Bersama Starbucks Untuk Kemaskini Terbaru Mereka.
- Pokemon Go Akan Datang Bersama Apple Watch 2