Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo Switch Retak Di Bawah Tekanan?

Nintendo Patenkan Nama “Nintendo Switch Do”, Mungkin Perkhidmatan Permainan Baru

Diterbitkan Julai 17, 2019 ยท Dikemas kini Julai 17, 2019 oleh Helmi Samsuri

Nintendo pada minggu lalu telah membuat kejutan dengan mengumumkan konsol terbaru dikenali sebagai Nintendo Switch Lite. Diperkenalkan sebagai alternatif kepada Switch yang terdahulu, ia akan mula berada dipasaran bermula September ini.

Kini terdapat satu laporan menyatakan syarikat tersebut telah memohon pemfailan paten nama “Nintendo Switch Do” dan ia dikaitkan sebagai platform perkhidmatan permainan terbaru.

Permohonan paten itu telah dibuat kepada ILPO (Israel Patent Office) bertarikh 8 Julai 2019 dimana didalamnya ada menyebut tentang ‘permainan, permainan mudah alih dengan skrin LCD, perkhidmatan hiburan, program permainan elektronik (boleh dimuat turun)’.

Nintendo Patenkan Nama “Nintendo Switch Do”, Mungkin Perkhidmatan Permainan Baru

Melalui paten ini, terdapat spekulasi Nintendo mahu memperkenalkan servis permainan baru disamping Nintendo Switch Online yang dilancarkan tahun lalu. Perkhabaran ini mungkin mengujakan pemilik konsol dan anda perlu menunggu sama ada Nintendo Switch Do akan menawarkan sesuatu yang menarik pada masa akan datang.

Sumber: Lets Go Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY