Ninja Van Malaysia Lancar Ninja Restock

Ninja Van Malaysia telah melancarkan Ninja Restock yang bertujuan untuk meluaskan perkhidmatan di luar vertikal e-dagang sempena ulang tahun ke-9.

Sepanjang sembilan tahun, syarikat ini semakin berkembang besar sehingga mendapat 100% liputan di seluruh negara dengan menghantar lebih daripada 300 juta bungkusan.

Pelancaran Ninja Restock ini semestinya lebih kepada kepakaran organisasi dalam logistik ekspres e-dagang yang secara tidak langsung mengubah landskap pembekal semula perniagaan ke perniagaan.

{suggest}

Ciri utama Ninja Restock adalah:

  • Liputan Menyeluruh: Dapat memastikan 100% liputan dengan lebih dari 2,000 hab dan stesen di seluruh Asia Tenggara.

  • Kelajuan: Mempercepatkan pergerakan barangan.

  • Fleksibiliti: Boleh meningkatkan keupayaan operasi mengikut musim perniagaan, memberi tindak balas terhadap trend pasaran dan keperluan perniagaan yang sering berubah.

  • Pendigitalan untuk Ketelusan: Meningkatkan ketelusan dalam proses pembekalan semula perniagaan dan perniagaan, membolehkan perniagaan mengenal pasti dan menangani isu dengan lebih cepat.


Dengan pelancaran Ninja Restock, hari demi hari makin bersedia untuk menetapkan piawaian baru demi meningkatkan standard perkhidmatan dalam sektor pembekalan semula perniagaan ke perniagaan. 

Sumber: Siaran Media Ninja Van Malaysia

Berkaitan