Netflix Kini Boleh Ditonton Dalam Resolusi 4K HDR Di Pelayar Web Safari

Pengguna Mac dijangka akan dapat menonton Netflix dalam resolusi 4K HDR, dalam macOS Big Sur yang dikhabarkan akan dilancarkan sekitar September hingga November tahun ini.



Berita gembira ini telah disebarkan oleh Ishan Agarwal, melalui kenyataan di akaun Twitternya yang mengatakan beliau boleh menonton Netflix dalam resolusi 4K dengan Dolby Vision di MacBook Pro miliknya.


Walau bagaimanapun, Apple melaporkan teknologi 4K HDR ini hanya disokong oleh model Mac keluaran tahun 2018 ke atas sahaja. Ini bermakna model-model Mac yang lama hanya boleh memainkan Netflix dalam resolusi 1080p sahaja walaupun sudah dikemaskini dengan macOS Big Sur nanti.

macOS big sur

MacOS Big Sur yang akan dikeluarkan musim luruh nanti akan dilancarkan bersama beberapa penambahbaikan terbesar dalam OS. Antaranya ialah penyemak imbas web Safari diletakkan pada halaman utama serta peningkatan sokongan untuk peluasan dan alat privasi baru.