Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google McLaren

Google Kolaborasi Dengan McLaren, Hadir Dengan Tayar “Chrome”

Diterbitkan Mac 17, 2022 oleh Nadiah Ab

Perlumbaan Formula 1 memang terkenal dengan kolaborasi dan tajaan dari syarikat-syarikat ternama. Baru-baru ini, pasukan F1 McLaren Racing mengumumkan kolaborasi jangka panjang baru mereka bersama syarikat Google.

Google secara rasmi akan menjadi rakan kongsi Pasukan F1 McLaren dan Pasukan McLaren MX Extreme mulai tahun ini.

Menurut kenyataan dari McLaren, kolaborasi ini akan memperlihatkan penjenamaan Google pada model kereta lumba MCL36, di mana logo Android dapat dilihat pada penutup enjin, manakala warna logo Google Chrome akan tampil pada penutup tayar kereta.

Setiap kereta lumba F1 ini nanti tentunya akan dipandu oleh pemandu rasmi McLaren, iaitu Lando Norris dan Daniel Ricciardo.

Logo jenama Google dan Android juga akan ditampilkan pada sut perlumbaan, topi keledar, dan juga pada pemandu serta kereta lumba McLaren MX Extreme E nombor 58.

McLaren turut mengatakan bahawa mereka akan menggunakan peranti Android yang didayakan oleh 5G serta pelayar Chrome pada setiap operasi dan sesi latihan mereka.

McLaren percaya ini dapat menyokong pemandu dan pasukan, dengan memfokuskan peningkatan prestasi di trek perlumbaan.

Sumber: McLaren

Baca juga:

  • Google Beri Fungsi Amaran Serangan Udara Untuk Pengguna Android Di Ukraine
  • Google Play Games Beta Mula Ditawarkan, Ini Spesifikasi PC Yang Diperlukan
  • “Jika Chrome Mengingatkan Anda Kemas Kini Pelayar, Sila Lakukannya Segera” – Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY