Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tiktok live

TikTok Akan Lancar Langganan ‘Live Streaming’ Mulai 26 Mei

Diterbitkan Mei 24, 2022 oleh Nadiah Ab

Platform video terkenal, TikTok mengumumkan pelan terbaru yang membolehkan penonton melanggan penstrim langsung (live streamer) yang diminati.

Digelar Live Subscription, ia memberikan peminat akses kepada kelebihan seperti sembang bersama pelanggan sahaja, emote khusus pencipta dan lencana yang membezakan mereka daripada bukan pelanggan.

Pelan langganan ini akan dilancarkan dalam versi beta pada 26 Mei, menurut video pengumuman yang disiarkan di laman TikTok Live Creator.

@tiktoklive_creator Welcome to LIVE subscription – connect with your community on a whole new level! #LIVESubs #TikTokLIVE ♬ original sound – TikTok LIVE Creator

Terdahulu, TikTok mengumumkan bahawa akan mula berkongsi potongan hasil iklan dengan pencipta yang layak.

Penstrim langsung yang merupakan sebahagian daripada program pencipta juga boleh menerima “Gifts”, atau “Tips” daripada penonton, yang berbentuk mata wang dalam aplikasi yang boleh ditukar dengan wang sebenar.

Dengan sistem langganan, yang dibilkan setiap bulan, wang itu akan disalurkan secara terus kepada pencipta.

Menurut TikTok, penonton perlulah berumur 18 tahun ke atas untuk melanggan, dan pencipta hanya boleh menawarkan langganan jika mereka mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pengikut.

TikTok juga mengatakan bahawa, pada masa ini, program ini hanyalah berdasarkan jemputan sahaja.

Sumber: Siaran berita TikTok

Baca juga:

  • TikTok Disaman Oleh Seorang Ibu, “Blackout Challenge” Punca Anak Meninggal Dunia
  • Pengguna Sambut Aidilfitri Lebih #RancakRaya Dengan TikTok
  • Cara Untuk Pantau Dan Kawal Anak Menggunakan TikTok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY