Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macbook pro m2

Gurman: Apple Mungkin Lancar M2 Pro Dan M2 Max Bermula September Depan

Diterbitkan Julai 18, 2022 · Dikemas kini Julai 19, 2022 oleh Nadiah Ab

Kurang setahun selepas mengumumkan MacBook Pro 14 inci dan 16 inci, Apple dilaporkan merancang untuk mengemaskini peranti tersebut dengan M2 seawal musim luruh ini.

Menurut Mark Gurman, syarikat itu sudah pun mengusahakan versi M2 bagi MacBook Pro model 14 dan 16 inci.

Tambahnya lagi, reka bentuk dan ciri kedua-dua komputer itu berkemungkinan kekal hampir sama memandangkan Apple hanya mereka bentuk semula barisan ini untuk menambah pengecasan MagSafe, lebih banyak port dan paparan yang lebih baik.

Perubahan utama pula ialah versi M2 menggantikan cip M1 Pro dan M1 Max yang ditawarkan Apple melalui model semasanya.

Walaupun Apple dilaporkan mengeluarkan MacBook Pro baharu bermula September depan, Gurman menyatakan bahawa syarikat itu boleh menangguhkannya hingga sekitar Mac 2023.

Gurman berkata disebabkan masalah rantaian bekalan, sukar untuk meramal dengan tepat bila ia akan dilancarkan.

Sumber dan gambar utama: 9To5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY