Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
the umbrella academy musim kedua

‘The Umbrella Academy’ Kembali Untuk Musim Kedua Pada 31 Julai

Diterbitkan Julai 6, 2020 · Dikemas kini Julai 6, 2020 oleh Nadiah Ab

Siri superhero komedi gelap Netflix, The Umbrella Academy kembali untuk musim kedua. Musim baru ini akan menyusuri kenangan masa lalu di mana adik-beradik Hargreeves yang eklektik mendapati diri mereka terpisah dan terjebak dalam Swinging Sixties.

The Umbrella Academy telah diadaptasikan daripada komik yang ditulis oleh Gerard War dan Gabriel Bá. Siri ini mengisahkan kehidupan tujuh beradik yang mempunyai kuasa ghaib sejak lahir dan telah diambil sebagai anak angkat kepada seorang jutawan untuk memerangi jenayah.

Trailer rasmi bagi musim kedua masih belum dikeluarkan. Walaupun begitu, ketujuh-tujuh watak utama siri ini telah bersama-sama mengumumkan tarikh tayangannya melalui sebuah video pendek yang menarik.

Musim kedua The Umbrella Academy dikhabarkan akan bermula tepat selepas akhir musim pertama, di mana Number Seven/Vanya meledakkan sebahagian dari Bulan, secara tidak sengaja telah menyebabkan kehancuran Bumi. Number Five yang berkebolehan untuk teleport kemudian menyelamatkan adik-beradiknya dengan membawa mereka ke waktu lain.

They’re back…in time. The Umbrella Academy returns July 31 🕶 pic.twitter.com/qQZE2yoigx

— Umbrella Academy (@UmbrellaAcad) June 29, 2020

Ke manakah mereka dibawa? Adakah mereka berjaya menyelamatkan diri dari Swinging Sixties? Nantikan 31 Julai ini hanya di Netflix.
Sumber: Cosmopolitan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY