Filem Thriller "Antebellum" Terbitan Lionsgate Akan Berada Di Pawagam Pada 10 September

filem thriller "antebellum"

Setelah menangguhkan filem thriller "Antebellum" dari bulan Julai ke Ogos, akhirnya Lionsgate memilih untuk menayangkan filem tersebut di laman penstriman dan pawagam di negara-negara terpilih. Filem thriller penjelajahan masa terbaru dari Lionsgate ini akan ditayangkan di pawagam di Malaysia pada 10 September 2020.

Ditulis dan diarah oleh Gerard Bush dan Christopher Renz, duo ini mempunyai latar belakang dalam karya yang didorong oleh sosial, termasuk video muzik Jay-Z yang berunsur politik, bersama dengan video muzik lain, serta pengumuman khidmat masyarakat viral yang mengutuk kekejaman polis, menampilkan Michael K. Williams, Michael B. Jordan, Danny Glover, dan Van Jones.



Filem thriller "Antebellum" ini dibintangi oleh pelakon-penyanyi, Janelle Monáe. Barisan pelakon yang lain merangkumi Eric Lange, Jena Malone, Jack Huston, Kiersey Clemons, dan Gabourey Sidibe.

Dalam Antebellum, Janelle memainkan watak seorang pengarang berjaya, Veronica, yang mendapati dirinya terperangkap semasa zaman perhambaan Amerika. Dengan itu, dia mesti mencari jalan untuk melepaskan diri dari realiti yang mengerikan.

https://www.youtube.com/watch?v=mXcZ7WDsVwk

Berdasarkan video trailer dari bulan November, ia mengikuti seorang wanita yang mendapati dirinya terperangkap di sebuah ladang di Antebellum Selatan. Penampilan awal filem ini menunjukkan bahawa filem itu juga akan melintasi era dan watak Janelle terjebak dalam waktu-waktu sejarah yang mengerikan.

Mari kita sama-sama nantikan tayangan filem Antebellum di pawagam terdekat bermula 10 September ini.

Sumber: Variety & Indie Wire

Baca lagi: Dark, Siri TV Netflix Yang Menguji Minda Penonton