Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Umum Pelan Beriklan, Tersedia Di 12 Negara Bermula November Ini

Netflix Umum Pelan Beriklan, Tersedia Di 12 Negara Bermula November Ini

Diterbitkan Oktober 14, 2022 · Dikemas kini Oktober 14, 2022 oleh Amalina Athman

Netflix kini mengumumkan Basic with Ads iaitu pelan langganan dengan sokongan iklan pada harga yang lebih rendah, bermula November ini.

Berkaitan

  • Pengguna iOS Kini Boleh Buat Bayaran Netflix Luar App Store
  • Ubisoft Akan Hasilkan 3 'Mobile Games' Eksklusif Untuk Netflix
  • 5 Android TV Box Bawah RM300 Yang "Lulus" Google Dan Netflix

Pelan dengan sokongan iklan ini akan ditawarkan di 12 negara termasuk Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Mexico, Sepanyol, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Netflix, pengguna dan pelan sedia ada tidak akan terjejas dan pelan beriklan ini merupakan penambahan daripada pelan sedia ada sahaja.

Netflix Umum Pelan Beriklan, Tersedia Di 12 Negara Bermula November Ini

Dari segi penawaran, Basic with Ads menawarkan semua ciri yang sama seperti pelan Basic, termasuk sokongan kualiti video dengan resolusi 720p HD.

Akan tetapi, terdapat beberapa perbezaan bagi kedua-dua pelan ini. Antaranya termasuk tayangan iklan dengan purata 4 hingga 5 minit bagi setiap jam serta format iklan 15 dan 30 saat. Iklan tersebut akan dimainkan sebelum dan semasa filem atau rancangan ditayangkan. Selain itu, ciri muat turun juga tidak tersedia untuk pelan dengan sokongan iklan ini.

Netflix Umum Pelan Beriklan, Tersedia Di 12 Negara Bermula November Ini

Sama seperti pelan-pelan lain, harga langganan bergantung kepada setiap negara. Di Amerika Syarikat, pelan Basic with Ads ini ditawarkan pada harga $6.99 (~RM32).

Netflix Umum Pelan Beriklan, Tersedia Di 12 Negara Bermula November Ini

Seperti yang dinyatakan sebelumnya, pelan beriklan hanya tersedia di 12 negara sahaja buat masa ini. Dari semasa ke semasa, Netflix menjangkakan pelan ini akan ditawarkan di lebih banyak negara.

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY