Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tawar Kandungan Netflix Dari Semua Negara, Aplikasi Ini Sebarkan Perisian Hasad Melalui WhatsApp

CEO Netflix: Pelan Beriklan Tidak Akan Ada Semua Kandungan Seperti Sekarang

Diterbitkan Julai 20, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Berkaitan pelan baharu dengan iklan yang akan diperkenal kelak, CEO Netflix berkata sesetengah kandungan mungkin tidak akan tersedia untuknya.

Mengulas lanjut, Ted Sarandos berkata kebanyakan kandungan yang ditonton ramai akan terus disediakan namun ada beberapa yang akan dibuang.

“Ada kandungan yang tidak akan dimasukkan. Kami sedang berbincang dengan pihak studio. Kalau kami lancarkannya hari ini, pelanggan pelan beriklan ini akan alami pengalaman yang bagus. Kami akan buang kandungan tambahan, pastinya tidak semua tetapi saya tidak fikir ia jadi isu material buat perniagaan,” kata Ted.

“Kandungan tambahan” ini mungkin merujuk pada filem atau siri yang dihasilkan Warner Bros., Universal, Sony kerana WSJ melaporkan Netflix sedang berbincang dengan mereka untuk pelan beriklan ini.

Ia dijangka dilancarkan seawal tahun depan dengan harga langganan yang lebih murah, dalam usaha Netflix menarik lebih ramai pelanggan.

Netflix telah mengeluarkan laporan syarikat bagi suku kedua (April-Jun) beberapa jam lalu dan menunjukkan mereka kehilangan sekitar 970,000 pelanggan dalam tempoh 3 bulan itu.

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY