Sebagai usaha memperkenalkan identiti Johor dan memperkasakan ekonomi digital setempat.
Kerajaan negeri Johor dalam perancangan untuk menggunakan domain johor.my dan johorbestari.my sebagai platform untuk pihaknya memperkenalkan identiti Johor, kepada pelabur asing selain memperkasakan ekonomi digital setempat.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu akan direalisasikan dengan kerjasama MYNIC Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, yang menyediakan domain ‘.my’ dan beberapa perkhidmatan berkaitan.
Setakat ini, dikhabarkan domain johorbestari.my telah pun mendapat kelulusan daripada kerajaan manakala johor.my masih dalam proses kelulusan.
Pelancaran kedua-dua domain ini dijangka akan dibuat dalam masa terdekat ini. Ia adalah sebagai satu platform kepada pengenalan identiti Johor, khususnya kepada pelabur asing yang ingin mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai mengenai kerajaan negeri Johor daripada agensi-agensi berkaitan.
Dalam masa yang sama juga, ia adalah permulaan kepada ekonomi digital kerana menjadi platfrom untuk mendigitalkan usahawan industri mikro dinegeri tersebut
Pihak MYNIC juga dengan jalinan kerjasama kerajaan negeri Johor akan memastikan usahawan industri mikro negeri, dapat keluar daripada zon selesa dengan melakukan perniagaan secara dalam talian.
Sumber: KKMM
Berkaitan
- Pengguna Masih Keliru Dengan Identiti Digital Kebangsaan
- Sultan Johor Bangga Anak Johor Tempa Nama Di NASA
- Ada Individu Menggunakan Nama Pengerusi SKMM Untuk Urusan Pemerolehan Dan Pembayaran Kepada Vendor Antarabangsa.
- Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19 Yang Ditetapkan Oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
- Jom Sertai Pertandingan Fotografi Antarabangsa Ini. Anda Mungkin Membawa Pulang Sehingga USD450 Ribu
- Sungai Tigris Dan Eufrat Semakin Kering, Iraq Harap Bantuan Antarabangsa
- Canon Sambut Hari Kamera Kebangsaan Dengan Anjurkan Bengkel "Segar Dari Ladang"
- JPDP Serbu Premis Pengguna Data Sekitar Negeri Sembilan Dan Johor
- Malaysia Menandatangani 2 Daripada 5 Konvensyen Angkasa Lepas Antarabangsa
- Jangan Terpedaya Dengan Panggilan "Pegawai" Dari Pusat Respon Scam Kebangsaan