Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Keluarkan Kenyataan Media Mengenai Hasil Perbincangan Dengan Telco

Ada Individu Menggunakan Nama Pengerusi SKMM Untuk Urusan Pemerolehan Dan Pembayaran Kepada Vendor Antarabangsa.

Diterbitkan Ogos 26, 2021 ยท Dikemas kini Ogos 26, 2021 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan bahawa mereka telah mengesan individu tertentu yang menggunakan nama Pengerusi Suruhanjaya itu menerusi alamat e-mel mencurigakan bagi melakukan urusan pemerolehan dan pembayaran kepada vendor antarabangsa.

Antara kandungan e-mel itu termasuklah arahan kepada Ketua Jabatan Kewangan dan Akaun Suruhanjaya berhubung urusan pemerolehan dan pembayaran yang dimaksudkan.

Walhal SKMM menyatakan bahawa Pengerusi SKMM tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel berkaitan perkara tersebut.

SKMM menegaskan, alamat e-mel rasmi bagi kakitangan MCMC berakhir dengan nama domain mcmc.gov.my dan bukannya nama domain lain.

Malah sebarang urusan rasmi Suruhanjaya akan dimaklumkan secara telus dan terbuka dan bukannya melalui kandungan e-mel sebegitu.

Berikutan itu, SKMM meminta orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan kewujudan e-mel yang mencurigakan menggunakan nama seseorang pemimpin organisasi kerana ia berkemungkinan besar satu taktik penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY