Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JPDP Serbu Premis Pengguna Data Sekitar Negeri Sembilan Dan Johor

JPDP Serbu Premis Pengguna Data Sekitar Negeri Sembilan Dan Johor

Diterbitkan Mei 13, 2023 ยท Dikemas kini Mei 13, 2023 oleh ariff bukhari

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) telah melaksanakan operasi serbuan ke atas premis Pengguna Data di sekitar Negeri Sembilan dan Johor yang tidak memperbaharui Perakuan Pengguna Data pada 11 Mei 2023 lepas.

Premis yang terlibat adalah syarikat/organisasi yang tergolong di bawah 13 Golongan Pengguna Data yang wajib berdaftar di bawah Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia sebagai mana yang dinyatakan dalam Jadual di Perenggan 2, Perintah Perlindungan Data Peribadi (Pengguna Data) P.U (A) 336.

JPDP Serbu Premis Pengguna Data Sekitar Negeri Sembilan Dan Johor

Mengikut Subperaturan 5(2), Peraturan Perlindungan Data Peribadi (Pendaftaran Pengguna Data) 2013 P.U (A) 337, 5 (2), Pengguna Data yang tidak memperbaharui Perakuan Pendaftaran dan terus memproses data peribadi selepas tamat tempoh Perakuan Pendaftaran adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

JPDP memaklumkan, pihak mereka akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas premis-premis yang gagal mematuhi peraturan ini dari masa ke semasa.

JPDP Serbu Premis Pengguna Data Sekitar Negeri Sembilan Dan Johor

Ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan itu dalam memastikan kepatuhan Pengguna Data terhadap peruntukan undang-undang dalam urusan komersial di Malaysia, memastikan data peribadi rakyat Malaysia diproses mengikut Prinsip, Peraturan dan Standard Perlindungan Data Peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] serta mengelakkan daripada berlaku insiden ketirisan data peribadi.

Berkaitan

  • Semua Transaksi CIMB Clicks Perlu Pengesahan SecureTAC Mulai 20 Mei
  • JPDP Dan CyberSecurity Malaysia Siasat Insiden Ketirisan Data 11 Ribu Pemohon UiTM
  • MCMC Bakal Ambil Tindakan Tegas, Kaji Semula Kawal Selia Kandungan Digital

Sumber: JPDP, JPN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY