Jom Sertai Pertandingan Fotografi Antarabangsa Ini. Anda Mungkin Membawa Pulang Sehingga USD450 Ribu

Kepada para peminat fotografi, pendaftaran pertandingan fotografi antarabangsa HIPA (Hamdan International Photography Award) bagi tahun 2021 telah pun dibuka.

Pertandingan foto ini menawarkan jumlah wang kemenangan berjumlah USD450,000. Bagi pemenang utama, mereka akan membawa pulang wang kemenangan berjumalah USD120,000.

Bagi edisi 2021, sebanyak 4 kategori dipertandingkan iaitu Humanity, Portfolio (Story -Telling), General dan Architectural Photography.

Istimewanya untuk edisi tahun 2021, HIPA meraikan ulang tahun ke-10 sejak ia pertama kali diadakan pada tahun 2011 dahulu.

Jadi HIPA akan mewujudkan lagi 3 tema fotografi khas iaitu ‘The Photography Appreciation Award’, ‘The Photography Content Creator Award’ dan ‘Emerging Person/Organization in Photography Award’.

Jika anda masih ingat, Anugerah utama HIPA ini pernah dimenangi oleh seorang jurufoto dari Malaysia bernama Edwin Ong Wee Kee pada tahun 2019 dahulu.

Walaubagaimanapun, kemenangan beliau itu sedikit kontroversi berikutan foto yang diambilnya itu sebenarnya bukanlah secara spontan seperti yang didakwa beliau.

Namun begitu kemenangan beliau itu tidak ditarik balik kerana ia tidak melanggar syarat pertandingan yang ditetapkan HIPA.

HIPA bukanlah anugerah fotografi kewartawanan tetapi ia adalah pertandingan fotografi umum.

Tarikh tutup pertandingan fotografi ini adalah pada 31 Januari 2021 nanti. Untukinfo lebih lanjut, layari laman rasmi HIPA untuk info lanjut.