NASA Memberikan Penghormatan Pada Neil Armstrong Sempena Hari Lahir Beliau Hari Ini

Beliau meninggal dunia pada 2012 dahulu pada usia 82 tahun.


Siapa yang tidak kenal dengan Neil Armstorng, manusia pertama yang berjalan di atas bulan dalam misi NASA Apollo 11 pada tahun 20 Julai 1969 . Beliau yang dilahirkan pada 5 Ogos 1930 sepatutnya berusia 89 tahun ini telah meninggal pada 25 Ogos 2012 dahulu.

Sempena hari kelahiran beliau hari ini, NASA telah memberikan penghormatan kepada tokoh dunia ini di laman Twitter berserta video bagi memperingati kejayaan Neil Amstrong menjejaki bulan.

https://twitter.com/NASA/status/1158413817761738752

Untuk pengetahuan anda, NASA sebelum ini juga pernah membuat kejutan hari lahir beliau yang ke-39 di NASA. Cuma ia diraikan di dalam bilik kuarantin selepas beliau pulang dari misi Apollo 11, sambil dilihat oleh isterinya menerusi cermin dari luar bilik kuarantin tersebut.

Selepas menamatkan misi Apollo itu, beliau dan 2 angkasawan lain yang turut dalam misi sama telah diasingkan dalam bilik kuarantin khas NASA selama 21 hari bagi mengelakkan kandungan mikro-organisma angkasa lepas yang mungkin di bawa pulang ketika misi dijalankan daripada mencemarkan bumi.

Sumber: CNET

Berkaitan