Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apophis Mungkin Tetap Akan Menghentam Bumi Dalam Tahun 2068 – NASA

Apophis Mungkin Tetap Akan Menghentam Bumi Dalam Tahun 2068 – NASA

Diterbitkan Oktober 30, 2020 · Dikemas kini Oktober 30, 2020 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada analisis terbaru yang dijalankan secara bersama oleh University of Hawaii dan NASA Jet Propulsion Laboratory menunjukkan bahawa asteroid berkemungkinan akan menghentam bumi dalam tahun 2068 nanti.

Asteroid yang didakwa memberi ancaman itu dikenali sebagai asteroid 99942 Apophis.

Asteroid 99942 Apophis itu pertama kali dikesan oleh ahli kaji bintang dalam tahun 2004 dahulu. Ketika pemerhatian awal ke atas asteroid tersebut, saintis mendakwa asteroid itu mempunyai peratusan menghentam bumi sebanyak 2.4% yang dijangka akan berlaku dalam tahun 2029 nanti.

Namun begitu hasil dari pemerhatian yang lebih mendalam, NASA mengemaskini data Sentry mereka yang berkaitan ancaman asteroid itu dengan mengenjakkannya ke tahun 2068. Atau secara tepatnya seperti yang didakwa NASA adalah pada 12 April 2068.

Kebarangkalian peluang untuk insiden hentaman itu berlaku pula adalah 1 dalam 150,000 atau bersamaan dengan 0.00067%.

Asteroid 99942 Apophis didakwa bersaiz antara 300 meter hingga 700 meter lebar. NASA mendakwa jika ia menghentam bumi, kekuatan hentaman asteroid itu adalah bersamaan dengan 1,151 megaton TNT.

Ketika ini, NASA menyatakan bahawa Apophis berada sejauh 70 juta kilometer dari bumi. Insiden hentaman asteroid ke atas bumi pula didakwa boleh berlaku sekitar 80,000 tahun sekali.

NASA memaklumkan bahawa mereka memerhati dari masa ke semasa trajektori asteroid itu dan mengemas kini data keberangkalaian ancaman asteroid tersebut.

Sumber: Gizmodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY