Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spacesuit Lunar Toilet

Anak Muda Dari Shah Alam Menjuarai Pertandingan Mencipta Tandas Untuk Angkasawan NASA

Diterbitkan November 4, 2020 · Dikemas kini September 27, 2022 oleh ariff bukhari

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa NASA telah mengadakan pertandingan mencipta tandas bagi misi membawa semula angkasawan ke bulan pada tahun 2024 nanti.

Pertandingan yang dikenali sebagai NASA’s Lunar Loo Challenge itu dibuka penyertaannya kepada semua masyarakat di seluruh dunia untuk menghantar rekaan konsep tandas kompak untuk angkasawan mereka.

Untuk pertandingan itu juga, NASA mewujudkan kategori Junior bagi peserta yang berumur bawah 18 tahun.

Untuk kategori ini, rakyat Malaysia bernama Zyson Kang Zy Sun (Pei Yong Tan) berumur 9 tahun yang berasal dari Shah Alam, Selangor telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama NASA’s Lunar Loo Challenge bagi penyertaan umur di bawah 11 tahun.

zyson kang win NASA lunar

Beliau berkongsikan tempat pertama itu bersama dengan seorang lagi peserta bernama Arun George John.

zyson kang
Sumber: Hero X

Rekaan tandas Zyson Kang Zy Sun yang dinamakan sebagai “Spacesuit Lunar Toilet” telah dipilih NASA sebagai rekaan tandas terbaik dengan menewaskan hampir 900 peserta lain dari 85 buah negara.

Alat ciptaan beliau itu akan memudahkan dipasang terus ke dalam baju angkasawan dan boleh berfungsi di ruang graviti rendah dengan menghasilkan vakum untuk menyedut cecair.

Spacesuit Lunar Toilet
Zyson Kang mendemostrasikan cara menggunakan tandas ciptaannya menerusi persidangan video langsung bersama NASA.

Pertandingan mereka cipta tandas angkasawan NASA ini telah dibuka sejak 25 Jun 2020 lalu dan berakhir pada 17 Ogos lalu.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY