Ia sebagai langkah menyekat mesej hasutan daripada terus menular dan memburukkan lagi keadaan di wilayah tersebut.
Kerajaan Indonesia hari ini telah bertindak menyekat akses internet di timur Papua berikutan meningkatkannya insiden keganasan di wilayah itu.
Insiden keganasan yang meningkat di wilayah itu dipercayai akibat penularan mesej-mesej berbaur hasutan yang disebarkan menerusi internet termasuklah aplikasi permesejan dan media sosial.
Kementerian Komunikasi Dan Informatika Republik Indonesi mengambil keputusan itu selepas penunjuk perasaan mula bertindak agresif dengan membakar beberapa bangunan, pasar dan penjara.
Insiden keganasan terbaru yang berlaku di republik itu berikutan layanan tidak sewajarnya terhadap golongan pelajar dan insiden diskriminasi etnik.
Walaupun, gerakan puak pemisah berlaku di Papua sejak beberapa dekad lalu, tetapi aduan semakin meningkat mengenai pelanggaran hak asasi oleh pasukan keselamatan Indonesia.
Dalam insiden terbaharu yang mencetuskan kemarahan penduduk tempatan dipercayai membabitkan serangan perkauman terhadap pelajar Papua, yang ditahan minggu lalu.
Pelajar terbabit dilaporkan ditahan di asrama mereka di Surabaya, Jawa Barat kerana dituduh tidak menghormati bendera Indonesia pada majlis sambutan Hari Kebangsaan negara itu.
Setakat ini, seramai 1,200 anggota tambahan ke Papua telah dikerahkan bagi mengawal keganasan di beberapa bandar, di wilayah yeng terjejas sejak Isnin lalu.
Ini bukanlah kali pertama sekatan akses internet dilakukan oleh tepubil itu. Sebelum ini Indonesia juga pernah menyekat sementara WhatsApp daripada diakses oleh rakyatnya berikutan keganasan yang berlaku di dalam negara tersebut selepas daripada keputusan pilihanraya presiden 2019 yang memihak kepada Joko Widodo.
Sekatan tersebut dilakukan adalah bagi menghalang penularan berita-berita palsu yang menjadi antara penyebab kepada pencetus berlakunya insiden keganasan di dalam negara tersebut.
Sumber: Reuters
P/s: Iktibar kepada rakyat Malaysia, bersamalah kita menjaga keamanan yang dinikmati hari ini.
Berkaitan
- Satelit MEASAT-3d Dengan Sistem Darat JUPITER Luaskan Rangkaian Dan Tingkatkan Kelajuan Internet Di Malaysia Kepada 100Mbps
- Remaja Di China Hanya Boleh Guna Telefon Dan Internet 2 Jam Sahaja Sehari
- Indonesia Adalah Pengguna VPN Tertinggi Di Dunia
- Aduan Terhadap Servis Internet Meningkat Sehingga 70% Sepanjang Pandemik Covid-19
- MEASAT Menyediakan Perkhidmatan Internet Di 3 Pusat Vaksinasi COVID-19 Di Sabah
- Masalah Capaian Internet Di Pekan Tenom, Sabah Ditangani
- Sistem Kabel Dasar Laut Bermasalah, Indonesia Dan Beberapa Negara Lain Alami Gangguan Internet
- Penjenayah Siber Dikesan Aktif Mengintip Pengguna Internet Di Malaysia
- Yes Juara Baru Penyedia Internet Mudah Alih Terpantas Di Malaysia - nPerf
- Indonesia Lancar Sistem Keretapi Bertingkat Pertama, Tangani Isu Kesesakan Dan Pencemaran Di Jakarta