NASA Berjaya Melancarkan Satelit Pemerhati Cuaca Angkasa Baharu, GOES-18

Pada 1 Mac lalu, NASA telah pun melancarkan sebuah satelit baharu ke angkasa lepas yang dinamakan sebagai GOES-18.

Pelancara sateliti itu dibuat dari Pangkalan Angkasa Lepas Cape Canaveral menerusi roket Atlas V.

Satelit itu berfungsi sebagai pemerhati cuaca angkasa yang dibangunkan NASA untuk Jabatan Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA).

Selepas dilancarkan, operator misi satelit itu telah berjaya menetapkan kedudukan GOES-18 dalam orbitnya iaitu sekitar 36,000 kilometer dari permukaan Bumi seterusnya diambil alih kawalan satelit tersebut oleh NOAA.

Satelit itu akan bergerak pada kadar yang sama dengan putaran bumi bagi membolehkan ia membuat pemerhatian secara konsisten dalam kawasan yang sama ketika bergerak.

Imej pertama yang dirakam dari GOES-18  dijangka akan diterima dalam bulan Mei 2022 nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=yFD-lHD7MTE

Sumber: Earth Observatory

Baca juga: