Kejayaan rakaman imej hebat itu dibuat menerusi satelit NASA Parker Solar Probe yang membuat pemerhatian ke atas planet itu dari angkasa lepas.
NASA menyatakan, kejayaan rakaman imej permukaan Zuhrah ini sebagai sesuatu yang menakjubkan kerana mereka berjaya mendedahkannya disebalik atmosferanya yang tebal menutupi planet tersebut.
Brian Woody, ahli fizik di Makmal Penyelidikan Naval, Washington, D.C. menjelaskan, suhu permukaan Zuhrah walau di sebelah malamnya adalah dianggarkan sekitar 860 darjah selsius.
"Ia begitu panas sehinggakan permukaan berbatu Zuhrah kelihatan bercahaya seperti ia baru selepas ditempa" Brian Woody.
Jadi, bagi membolehkan mata kasar manusia melihat imej permukaan Zuhrah, satelit NASA Parker Solar Probe mengimbasnya dengan menggunakan teknologi Wide-Field Imager (WISPR) dalam bentuk gelombang cahaya.
NASA menerangkan cara mereka merakam imej permukaan Zuhrah di dalam saluran akaun YouTube mereka.
https://www.youtube.com/watch?v=rk0PZ1qnLXw
Berikut dikongsikan sedikit fakta-fakta menarik tentang planet Zuhrah:-
- Planet Zuhrah (Venus) juga dikenali dengan nama “Bintang Kejora” oleh masyarakat Nusantara
- Merupakan planet kedua terdekat dengan Matahari selepas planet Utarid (Mercury)
- Planet yang paling dekat dengan Bumi.
- Jarak purata Zuhrah dengan Matahari pula adalah 108.2 juta kilometer
- Zuhrah dianggap “kembar” kepada Bumi kerana saiz dan strukturnya yang hampir sama dengan Bumi
- Zuhrah berputar sangat perlahan pada paksinya, iaitu satu hari di Zuhrah mengambil masa selama 243 hari Bumi.
- Satu tahun di Zuhrah hanya mengambil masa kira-kira 225 hari di Bumi.
- Planet yang paling panas dalam Sistem Suria.
- Berbeza dengan Bumi, Matahari di Zuhrah akan terbit dari arah barat dan terbenam di arah timur.
Sumber: NASA, Inverse, MySa
Baca juga:
- Stesen Angkasa Lepas Berhenti Beroperasi, Akan 'Dihempaskan' Ke Lautan Pasifik Pada 2031
- NASA Sahkan Terdapat 301 Planet Baharu Di Luar Sistem Suria
- Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
Berkaitan
- NASA Melaporkan Berlaku Letupan Meteor Hingga Gegarkan Bumi Pada Tahun Baru
- Anda Kini boleh Mengakses 140 Ribu Kandungan Visual Angkasa Lepas NASA
- Matahari Berada Tepat Di Atas Ka'abah Sabtu Lalu - Planetarium Negara
- Syarikat Ini Terima Kontrak NASA Bernilai RM3.9 Juta Untuk 'Kutip' Sampah Angkasa
- Apophis Mungkin Tetap Akan Menghentam Bumi Dalam Tahun 2068 - NASA
- Akhirnya Roket Paling Berkuasa NASA Misi Ke Bulan Dilancarkan
- NASA Memperingati Voyager 1 Melintasi Zuhal 40 Tahun Lalu
- NASA Merakam Imej Glasier Mencair Selepas Suhu Di Antartika Menyamai Suhu Di Los Angeles
- NASA Berjaya Melancarkan Satelit Pemerhati Cuaca Angkasa Baharu, GOES-18
- NASA Ingin Memberikan Secara Percuma Salah Satu Roket Apollo Kepada Yang Berminat