Walaubagaimanapun, belum ada sebarang maklumat tentang spesifikasi peranti ini yang diketahui melainkan ia akan menggunakan lensa ZEISS bagi kameranya. Bagi peranti Nokia X sebelum ini, ia merupakan sebuah peranti pada peringkat kemasukan. Nokia X 2014 dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon S4 Play dengan 512 MB RAM.
Selain itu, walaupun menggunakan sistem operasi Android 4.1.2 Jellybean, peranti tersebut tidak mempunyai kemudahan Google Play yang menjadi perkara penting bagi setiap peranti Android. Bagaimanapun, pengguna Nokia X 2014 masih memiliki sebuah aplikasi yang hampir sama dengan Google Play serta boleh memasang sebarang aplikasi Android sekiranya telah memuat turun fail APK untuk aplikasi tersebut.
Menurut laporan GizmoChina lagi, terdapat beberapa orang yang telah melihat iklan Nokia pada papan digital yang menunjukkan berkenaan pelancaran peranti ini di dalam sebuah pasaraya di China. Tambah mereka lagi, paparan iklan itu mengandungi imej dua peranti yang disilangkan bagi membentuk huruf 'X' serta tulisan 'bakal dilancarkan 27 April' dalam tulisan Cina lantas menguatkan lagi ura-ura berkenaan pelancaran peranti ini.
Sehingga artikel ini ditulis, belum ada maklumat rasmi daripada pihak HMD Global berkenaan perkara ini. Namun, dijangka dalam masa terdekat ini, akan ada satu pengumuman daripada pada HMD Global bagi mengesahkan atau menafikan perkara ini.
Sumber
Berkaitan
- Imej Tertiris Nokia 5.1 Plus Dedahkan Kamera Utama Dwi-Lensa
- Nokia 6 Laku Keras- 1 Juta Unit Terjual Di India Sahaja
- Foto Yang Didakwa Ditangkap Menggunakan Nokia 9 PureView Dipertontonkan Kali Pertama
- Nokia Jadualkan Pelancaran Peranti Baru Pada 4 Oktober Ini
- #MWC2019 - Nokia 9 Pureview Dengan 5 Kamera Utama!
- Nokia Dijangka Lancarkan Semula Peranti Nokia X6 Dengan Takuk Dan Nafas Yang Baru
- Nokia 6.1 Plus - Comel Tapi Mahal?
- Unboxing Nokia 7.2
- Telefon Pintar Nokia Dilapor Bakal Menikmati Kemaskini Android P Seawal Ogos Ini
- HMD Global Memperkenalkan Tiga Peranti Terbaru Nokia Dalam Satu Hari