Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Naik Taraf iOS 12 Akan Mula Ditawarkan Pada 17 September

Naik Taraf iOS 12 Akan Mula Ditawarkan Pada 17 September

Diterbitkan September 13, 2018 oleh Helmi Samsuri

Lewat malam tadi, Apple telah melancarkan barisan model iPhone untuk tahun 2018. Bagi yang tidak berhasrat untuk mendapatkan tiga iPhone yang diperkenalkan itu, anda mungkin berminat dengan satu lagi pengumuman iaitu kehadiran iOS 12.

Sistem operasi terkini itu telah dijadualkan penawarannya kepada pengguna bermula pada 17 September 2018 hadapan.

Penambahbaikan iOS 12 lebih tertumpu kepada peningkatan prestasi terutama sekali bagi peranti lama.

Selain itu, ia juga mempunyai ciri Screen Time dimana ia membolehkan pengguna melihat berapa lama masa yang digunakan untuk sesuatu aplikasi.

Turut dikemaskini adalah Apple Books, Apple Music, Apple News, pengenalan Memoji dan banyak lagi pembaharuan.

Semua peranti yang menjalankan iOS 11 boleh dinaik taraf kepada iOS 12.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Air Laut Yang Semakin Panas Cairkan Ais Laut Dari Bawah Di Kutub Utara Dan Selatan - Laporan
  • Pengguna WhatsApp Mula Terima Ciri 'Mesej Berjadual' - Tetapan Sehingga 2 Minggu Awal
  • Take-Two Sekat Projek Port PC GTA 6 Tidak Rasmi, Lebih 3,000 Repositori GitHub Terkesan
  • Cisco Dan OpenAI Lancar Shirudo, Ejen AI Tangani Kelemahan Perisian Sebelum Tampalan Siap
  • MCMC Saman Google RM300 Juta, Dakwa Gagal Turunkan Kandungan Papagomo Di YouTube
  • Tidal Haramkan Muzik Dijana AI Sepenuhnya Mulai 9 Disember
  • Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal - Omdia
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI
©2026 WISER.MY