Terbaru, Naib Presiden syarikat, Catherine Chen menyatakan pembangunan HongMeng bukan bertujuan untuk menggantikan Android dimana ia ditujukan untuk penggunaan industri dan menawarkan latensi rendah kepada peranti IoT.
Difahamkan juga HongMengOS mempunyai barisan kod yang lebih sedikit berbanding sistem operasi mudah alih. Perkara ini didedahkan oleh Chen kepada media pada satu acara di Brussels, Belgium.
Menjelaskan tentang pemfailan tanda dagang HongMeng dibeberapa pasaran, Chen mengatakan ia adalah untuk kegunaan industri serta IoT dan mereka masih mahu meneruskan Android sebagai sistem operasi pada telefon pintar mereka.
Terdahulu, Ketua Eksekutif Huawei, Ren Zhenfei telah menjelaskan mengenai HongMeng OS yang mana pembangunan asalnya bukanlah direka untuk telefon pintar.
Sumber: XinHua via The Verge
Berkaitan
- Luno Jawab 5 Mitos Yang Sering Kita Dengar Tentang Bitcoin
- Microsoft Bawa Aplikasi Android Ke Windows
- Mod Potret Google Ditawarkan Kepada Lebih Banyak Telefon Pintar Android
- Video Acah Huawei Mate 20 Membayangkan Tiga Lensa Kamera Disusun Membentuk Petak
- iPhone SE 2020 Dapat Skor DxOMark Yang Sama Seperti Pixel 3a
- Kemaskini Firefox 10 Untuk iOS Tampil Dengan Rekaan Baru
- Spesifikasi Huawei Nova 4 Mula Kelihatan, Kamera Utama 48MP
- Unifi Tawar Pelan 300Mbps Pada Harga Promosi RM199, Promosi Dibuka Sehingga Akhir Bulan Jun
- Huawei Mate 20 Dan Nova 3i Turun Harga, Kini Dijual Pada Nilai RM 2399 Dan RM999
- Facebook Sudah Mula Tawarkan Ciri "Engagement Alerts" Untuk Pentadbir Kumpulan