https://twitter.com/FortniteGame/status/1016323813263495168
Foto iklan acah berkenaan menampilkan imej topeng dengan kesan retakan yang sering muncul dalam permainan tersebut sebelum ini. Sejak retakan berkenaan muncul buat kali pertama, para pemain Fortnite sudah mula membuat andaian berkaitan maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Antara andaian yang paling mendapat persetujuan ramai ialah imej topeng tersebut mewakili makhluk lagenda Jepun, Kitsune atau musang jadian. Dalam kisah lagenda berkenaan, Kitsune merupakan seekor musang yang boleh berubah menjadi seorang manusia dan memiliki beberapa kuasa istimewa yang lain.
Topeng Kitsune
Mereka juga mengandaikan kesan retakan pada imej topeng itu terjadi semasa proses perubahan bentuk itu. Atas sebab itu, ramai yang berpendapat musim baru bagi permainan Fortnite ini akan membawa pemain merentas masa untuk kembali ke zaman haiwan lagenda tersebut.
Fortnite sebelum ini telah membawa watak Thanos ke dalam permainan itu, jadi tidak mustahil watak Kitsune juga boleh diperkenalkan pada musim kali ini. Apa pun, untuk kepastian, sama-sama kita tunggu musim baru yang akan bermula dari 12 Julai sehingga 20 September ini dilancarkan.
Sumber
Berkaitan
- Vivo NEX 3 5G Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Oktober Ini
- Beli Pakej 40Mbps, Tapi Hanya Dapat 10Mbps, Tips Bagaimana Menukar Speed Internet Ke Kelajuan Maksimum
- Demo FIFA 19 Akan Tersedia Untuk Dimuat-Turun Bermula Hari Ini
- Android Nougat Memudahkan Pengguna Menukar Dari iOS ke Android
- Harga Rasmi Huawei P10, P10 Plus dan P10 Lite Diumumkan Secara Rasmi
- Perbezaan Antara Penilaian kalis Air IP67 dan IP68
- Ini Alasannya Mengapa Anda Perlu Mengaktifkan Fungsi Blue Light Filter Pada Telefon Anda
- Huawei Watch GT - Jam Pintar Dengan 14-hari Ketahanan Bateri, Tidak Menggunakan Wear OS
- Kini Anda Boleh Beli Juadah Di Bazar Kampong Baru Tanpa Wang Tunai Menggunakan Touch 'n Go eWallet
- Jom Undi Liga Malaysia Untuk Dimasukkan Dalam Fifa 20