Hari ini, 7 April 2022 Meta Malaysia telah mengumumkan pelancaran #JomCelikDigital Dengan Meta di Kuala Lumpur. Ia merupakan inisitif untuk meningkatkan kemahiran terbesar yang diadakan oleh syarikat tersebut.
Di bawah naugan inisiatif ini, terdapat 4 program peningkatan kemahiran digital akan diperkenalkan. Setiap daripada program ini direka untuk mencakupi golongan berbeza termasuk pelajar, pencari pekerjaan, peniagaan kecil dan sederhana (PKS) serta pemilik perniagaan kecil atau mikro.
Meta Boost
Meta Boost merupakan sebuah bengkel percuma yang bertujuan untuk memperkasakan lebih 1,000 PKS di seluruh negara yang paling terjejas akibat pandemik. Dengan adanya program ini, ia dapat membantu mereka meningkatkan keterlibatan yang lebih berkesan dengan kemahiran digital.
Pasar WhatsApp
Program ini pula menyasarkan lebih 1,000 pemilik perniagaan kecil dan mikro yang bertujuan memperkenalkan mereka kepada pebagai ciri WhatsApp Business. Ini akan dapat membantu golongan ini mendigitalkan perniagaan mereka menerusi platform ini.
Pemilihan WhatsApp ini adalah kerana aplikasinya mudah dan biasa digunakan. Selain itu, peserta juga akan diperkenalkan dengan ciri-ciri aplikasi lain seperti balasan automatik (auto reply) dan membina profil perniagaan dengan maklumat penting bagi pengguna yang berhubung melalui WhatsApp.
Instagram Academy
Instagram Academy merupakan program latihan yang direka untuk memberi sokongan pada lebih 1,000 usahawan dan PKS tempatan. Dengan ini, golongan ini boleh berhubung dengan pelanggan dan komuniti dengan cara penglibatan yang lebih tinggi menerusi peralatan Instagram dan bahan pendidikan. Contohnya, menghasilkan video pendek seperti Reels.
Facebook Blueprint Higher Education Program
Program ini pula bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran pemasaran digital dunia sebenar serta menyokong para pendidik dalam pemukukan bakan yang berkemahiran digital.
Seperti program-program lain, ia juga menumpukan kepada 1,000 peserta yang terdiri daripada pelajar dan 500 pentauliahan dalam Blueprint Certified Lead Trainers tempatan. Dengan menamatkan program ini, peserta layak menjadi Meta Certified Digital Marketing Associate di samping sesuatu yang positif dalam vitae kurikulum masing-masing.
Meta Malaysia akan terus melaksanakan inisiatif di bawah matlamat jangka masa panjang Fast Forward Malaysia untuk menyokong rangka tindakan ekonomi digital Malaysia secara konsisten. Selain itu, ia juga akan membuka laluan ke arah masa depan yang berinovasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai program-program ini, anda boleh layari jomcelikdigitaldenganmeta.splashthat.com.
Baca juga: